Rupanya hanya sekadar mimpi yang datang mengusik perasaan.
Aku ingatkan betul-betul la apa yang aku mimpikan malam tadi. Apa yang aku ingat, aku buat ujian UPT dan tak semena-mena keputusan positif! Ada dua garisan.....aku jadi sangat-sangat gembira, siap ambil gambar kertas UPT tu untuk mms pada suami. Aku siap tunjuk pada mak keputusan UPT tu dan mak memang gembira sangat. Aku rasa bahagia sangat. Tapi bila aku rasa tangan suami memeluk aku dari belakang, aku tersedar. Cuma dalam mimpi sahaja ker?
Tangan aku teraba-raba handphone nak tunjuk kat suami gambar keputusan ujian UPT tu pada dia. Tapi gambar tu tak ada dalam handphone aku! Dada aku rasa macam sesak. Kenapa jadi macam ni? Semua yang berlaku macam betul-betul. Aku menangis teresak-esak sambil bagitahu apa yang aku mimpi pada suami aku. Puas suami aku cuba tenangkan aku, dia kata tak apa. Dia suruh aku jangan fikirkan sangat dan masih ada masa untuk semua ini. Kenapa mimpi ni datang di saat aku betul-betul teringinkan kehadiran seorang anak?
Sedihnya....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)