Raya yang bakal menjelma dalam 5-6 hari lagi mengundang pelbagai rasa dan emosi bagi diri aku. Mungkin orang lain akan beranggapan aku terlalu memikirkan isu ini dan terlalu ambil serius apa orang lain akan cakap. Memang, aku memang terlalu memikirkannya dan tak bersedia menghadapi pertanyaan daripada semua orang terutamanya saudara mara apatah lagi keluarga suami. Takut senyuman yang aku lontarkan bakal tercarik dengan tangisan dan rasa rendah diri. Esok bakal mencatatkan usia perkahwinan aku yang menjangkau 10 bulan. 10 bulan yang membahagiakan tapi aku rasa kehilangan sesuatu. Kehilangan kemanisan untuk merasai nikmat alam keibuan.
Tiap kali berjalan-jalan dengan suami di shopping complex dan sebaik sahaja melintasi kedai pakaian bayi dan kanak-kanak, emosi aku akan terganggu. Suami seakan faham, dia sembunyi-sembunyi memandang wajah aku. Dan dia pasti perasan, muka aku akan berubah menjadi suram dan macam nak menangis. Aduh....hati aku tak sekuat mana.
Sekarang ni aku rajin melawat blog grup TTC (trying to conceive), baca pengalaman orang yang senasib dengan aku. Terhibur juga hati bila baca dan dapat timba pengetahuan daripada mereka. Rezeki masing-masing, ada yang bunting pelamin, ada yang berusaha gigih untuk merasai pengalaman bergelar ibu. Kadangkala bila aku rasa nasib aku ni tak sebaik orang lain, bila baca pengalaman grup TTC yang dah lebih 15 tahun kawin belum menimang cahayamata, terdetik dalam hati "Apalah sangat masalah aku kalau nak dibandingkan dengan mereka yang dah berumahtangga berbelas tahun?"....
Yang penting sokongan dan perhatian dari suami dan keluarga kedua-dua belah pihak. Jangan nak menyalahkan orang perempuan sahaja, kena fikirkan faktor dari orang lelaki juga. Orang perempuan ni macam-macam nak kena jaga, kesihatan dan pemakanan. Tapi kalau diri sendiri je yang berusaha, orang lelaki pula gi aniaya diri sendiri dengan tak jaga makan minum, merokok dan ubat-ubat kesihatan tak nak sentuh, tak mendatangkan hasil juga.
Masa melawat blog rakan-rakan TTC, terjumpa dengan satu VC lagu nyanyian Kellie Coffey yang bertajuk I Would Die For That. Memang menangis betul masa tengok VC tu. Tiap kali tengok VC tu, memang makin kuat perasaan nak memiliki zuriat sendiri.
Kellie Coffey - I Would Die For That
Jenny was my best friend.
Went away one summer.
Came back with a secret
She just couldn't keep.
A child inside her,
Was just too much for her
So she cried herself to sleep.
And she made a decision
Some find hard to accept.
To young to know that one day
She might live to regret.
But I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that she had.
I would die for that.
I've been given so much,
A husband that I love.
So why do I feel incomplete?
With every test and checkup
We're told not to give up.
He wonders if it's him.
And I wonder if it's me. (part ni aku memang dah teresak-esak menangis)
All I want is a family,
Like everyone else I see.
And I won't understand it
If it's not meant to be.
Cause I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that they have.
I would die for that.
And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
For that kind of love,
What I'd give up!
I would die for that.
Sometimes it's hard to conceive,
With all that I've got,
And all I've achieved,
What I want most
Before my time is gone,
Is to hear the words
"I love you, Mom."
I would die for that.
Just to have once chance
To hold in my hands
What so many have
I would die for that.
And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
How I would love
What some give up.
I would die ...
I would die for that.
p/s: Sorry, entry yang agak beremosi menjelang hari raya minggu depan ni....dengan harapan, masa raya nanti, aku dah kembali stabil dan tak berapa sentap kalau ada yang bertanya pasal anak.
Alaaa Batik Pink sdih kite.. mntak2 x de laa ada org nak sbuk2 tnya kat Batik Pink psal tu hari raya nnt..sy dulu buat2 busy..ke hulu ke hilir..kjap kat dapur..kjap kat depan..biar org x smpat nak tnya apa2 kat kite..Bile org tgok muka kita mcm bz bkerut2 tu nnt takut laa org nak tnya kot..InsyaAllah sgala2nya di permudahkan Allah..Selamat Hari Raya...
ReplyDeleteMommyAgharr,
ReplyDeleteMaaf lambat bls entry ni, memang masa raya agak tension sedikit. saya sibukkan diri di bahagian dapur bila saudara mara datang berkunjung. Bila duduk membasuh pinggan mangkuk, memang tak sempat nak berbuat dengan semua sedara.....