08 July 2011

Nak Tambah Fridge Magnet Kat Fridge Saya!

Pepagi ni nampak ade orang balas posting di post Minat Fridge Magnet dan offer turut serta peraduan give awaynye....weee....best2! Lagipun ni baru pertama kali nak cuba nasib masuk GA, mana la tahu ada rezeki di pagi Jumaat nie (aminnnnn....!)


Entry Pendek Untuk Tambat Hati daydeck86 (hehehe...)
1) Saya nak tambahkan koleksi fridge magnet kat peti ais mak saya (tumpang tampal sebab belum ada peti ais sendiri...hehe, boleh?)

2) Ada fridge magnet saya dah pecah kena usik dengan anak-anak buah saya. Sib baik saya tak bertukar menjadi monster.....hik hik hik. Tak pe2, mak cik dia ni masih boleh mengekalkan tahap kechomelannya.

3) Setakat ni, ingatan saya masih baik untuk mengingatkan asal usul setiap fridge magnet yang saya beli. Siap boleh hafal magnet ni beli bila, kat mana beli, cerita di sebalik setiap magnet....huhu. Kalau tambah fridge magnet dari daydeck86 tu, pun best juga.....boleh cerita kat orang yang saya dapat dari peraduan GA dalam blog Daydeck86 ni......*wink wink*

Kalau ada sesiapa yang nak tumpang sekaki masuk GA ni, jom la klik di sini. Tarikh tutup GA ni adalah pada 15 Julai 2011 (sempat lagi ni!) dengan membuat entri pendek mengenai GA ini dan menyertakan sekali backlink GA daydeck86 dalam blog korunk. Senang jugak erk?

1 comment:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)