05 July 2011

Bukan Mengeluh, Tapi...

Harapan yang masih kekal harapan
Kadang-kala bila terlalu fikirkannya, boleh jadi stress
Bila dengar berita orang lain dah berisi, luruh airmata dalam diam
Dalam senyum, hati menangis sedih

Masa buat ujian kehamilan dalam bilik mandi
Hati jadi luluh bila tengok keputusan masih negatif
Berlinang airmata dalam pelukan suami
Walaupun suami pujuk masih ada banyak masa
Aku tahu dia pun turut kecewa tapi tak mahu tunjukkan pada aku

Sibukkan diri dengan urusan menjaga mak dan kerja di pejabat
Tapi sesekali sunyi dan sedih menyapa hati dan perasaan
Bila malam aku renung lama-lama wajah suami yang sedang tidur
Aku tahu dia sunyi sama seperti aku
Aku kucup kening dia, tangan dia
Doa aku hanya satu, agar Allah kurniakan kami anak-anak yang soleh/solehah


Doa Memohon Zuriat

1. Surah Ali-‘Imran: ayat 38

[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

2. Surah Al-A’raaf: ayat 189

[189] Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

3. Surah Al-Anbiaa’: ayat 89

[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. 

Lepas baca komen-komen blogger di sini (Doa amalan untuk memperolehi zuriat Ustazah Siti Nor Bahiyah), rasa tenang sikit dalam diri.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)