14 June 2011

Hilang Satu Gigi Geraham..Ouch!

Dah dekat sebulan menahan ngilu dan sakit gigi geraham bawah sebelah kiri. Semua berpunca dari kesan tampalan gigi tercabut. Mula-mula pergi buat tampalan semula di poliklinik Ayer Keroh. Bertahan hanya setakat 2 bulan lebih je. Hari khamis (2 Jun 2011), sehari sebelum majlis pernikahan adik bongsu, semasa memberus gigi sebelum masuk tidur, tiba-tiba rasa pelik. Rasa dengan lidah, sah! Tampalan tu tercabut balik....aduss!

Diamkan untuk beberapa hari, hari Isnin selepas kenduri kawin adik kebetulan cuti rehat untuk temankan mak buat rawatan susulan di GH, petang tu terus survey klinik gigi swasta dia kawasan Masjid Tanah. Tak tahan lagi dah! Ngilu bila minum air, gosok gigi sampai ke kepala. Bengal dibuatnya.

Jumpa Klinik Pergigian Sentosa, doktor gigi hanya buat tampalan sementara yang bertahan seminggu sahaja. Kena datang balik minggu hadapan. Jadi, semalam (genap seminggu), minta pelepasan keluar sekejap dari bos, bagi alasan nak buat rawatan gigi. Pembantu klinik tu tanya sakit/ngilu lagi ke kat tempat tampal tu? Aku kata ye. Dia kata, dah tak boleh buat tampalan lagi kalau masih sakit. Kena terus cabut. Great! Tak pasal-pasal rongak umur-umur macam ni. tapi bila fikir-fikir balik, dari menahan sakit baik buang terus. Jadi, aku kata OK.

Kalau nak ikutkan aku memang penakut bab-bab cabut gigi ni, berdebar-debar dada macam nak ambik keputusan peperiksaan pula. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, gigi geraham aku dah berada atas dulang besi tu. Panjang nyer! Kesan bius tak hilang lagi, rasa kebas dalam mulut dan rasa pelik sangat..huhuhu!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)