22 March 2011

Pengalaman Bermalam Di Wad

Dua malam bermalam di wad menemankan mak yang baru menjalani pembedahan kaki kanan. Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang masalah. Nurse-nurse di wad mak pun baik dan mesra. Mungkin tak biasa lagi berjaga malam, aku agak keletihan dan mengantuk di pejabat. Masuk malam kedua, alhamdulillah badan tak berapa letih sangat.

Malam pertama, mak banyak tidur. Mungkin kesan ubat masih berbaki. Malam tadi, aku dapat berbual dengan mak lama sedikit.  Rindu nak tengok senyuman mak. Aku gurau-gurau dengan mak, tak nak mak sedih-sedih lagi. Apa pun terjadi lepas ini, mak adalah keutamaan kami adik beradik. Inilah masanya nak membalas kasih sayang mak selama ini pada kami semua.

18 Mac 2011 -  Mak dimasukkan ke GH Melaka selepas dirujuk oleh Doktor Zulinda, sebab keadaan mak makin membimbangkan. Alhamdulillah, atas bantuan suami yang sedang bercuti ketika itu, mak dihantar ke GH, di mana adik bongsu aku menanti mereka di bahagian Jabatan Kecemasan. Lepas diX-ray dan diperiksa oleh doktor, mak dimasukkan ke wad D (blok lama, aras 3). Aku dan suami balik ke rumah untuk kemas barang dan pakaian mak.

Tarikh 18 Mac 2011 sehingga 30 Mac 2011 adalah tarikh yang kami adik beradik tak akan lupakan sampai bila-bila. Kronologi sms yang dititipkan adik bongsu dan kakak aku mengenai perkembangan kesihatan mak ...


19 Mac 2011 (11.47 pagi) - Salam,to all my sisters n brother..Pakar n HOD da tgk keadaan mak..Mereka advise untuk buat operation pada kaki kanan mak sampai tahap bawah lutut..if possible nak wat esok pagi..sebab kalau dibiar lama ada risiko rosakkan buah pinggang lagi. Utk sacn salur darah yang sepatutnya buat hari selasa tidak digalakkan sebab boleh rosakkan lagi buah pinggang mak..Think we need to discuss regarding mak punya keaadaan.

20 Mac 2011 (11.37 pagi) - Mak da dipanggil ke dewan bedah

20 Mac 2011 (1.14 petang) - Mak da mula jalankan pembedahan..InsyaAllah, doakan mak selamat jalani pembedahan..Doakan ketabahan mak dan kite semua..Amin..

20 Mac 2011 (2.25 petang) - Mak da selesai op...Tapi masih diobserve kat OT..

Sms Ateh mengenai kaki mak yang dikebumikan dekat kubur arwah nenek...

20 Mac 2011 (6.08 petang) - Alhamdulillah, kaki mak dh selamat dikebumikan. Next step, prepare kerusi, maid etc

22 Mac 2011 (9.11 malam) - Salam, nak bgtau perkembangan mak. Fungsi buah pinggang mak semakin teruk. Air kencing semakin kurang. Mak kene dialysis malam ni dan akan dipindahkan ke wad perubatan. InsyaAllah, anur akan bgtau wad mane. Apa2 doakan kesihatan mak semakin baik..

22 Mac 2011 (11.11 malam) - Baru start dialysis

30 Mac 2011 (3.01 petang) - Salam, mak da boleh balik harini...

Sms Ateh tentang pembiayaan kos pembantu rumah untuk jaga mak...

31 Mac 2011 (11.38 pagi) - Salam semua. Minta masukkan duit as per request tempohari. InsyaAllah, maid mungkin sampai Jumaat 8/4/2011 sekiranya ok. Kalau ada kelapangan, call/dtg untuk bantu mak belajar jalan setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)