Terlalu banyak benda yang bermain dalam fikiran aku kebelakangan ini.
Perpisahan abadi dengan arwah abah.
Pengalaman menjaga mak yang sakit selepas arwah abah tiada.
Aku rasa jiwa aku sangat kosong.
Aku ingin memejam mata dan berharap semua ini tidak pernah berlaku dalam hidup aku.
Terasa semua berlaku dalam tempoh yang singkat dan menyesakkan dada.
Tapi itu tak mungkin akan terjadi.
Kerana itulah yang dinamakan takdir hidup.
Perasaan terkilan sentiasa berlegar-legar dalam jiwaku.
Hati mengucap perkataan "Kalaulah...."
Tapi aku tak akan mampu memutarkan waktu untuk mengubah keadaan, walaupun aku menyusun seribu perkataan "Kalaulah.."
Apa yang aku mampu lakukan sekarang hanyalah menghadiahkan surah Al-Fatihah, Yassin dan mendoakan kesejahteraan kedua orang tua ku di dunia dan di akhirat.
Hanya satu yang aku pinta...moga Allah memperkenankan doa ku yang satu ini - dipertemukan dengan kedua orang tua ku, adik beradik ku dan suamiku di Padang Mahsyar nanti.
Dan airmataku menitis lagi....
Gambar terakhir dengan abah sewaktu majlis pernikahanku hampir 4 bulan yang lalu.
Terima kasih abah, kerana menjadi waliku yang sah.
Selepas ini ida tak dapat lagi mengucup dahi dan pipi abah seperti kebiasaan setiap kali ida bertemu abah. Ida rindukan abah...
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)