Adik aku ada minta tolong bawakan kereta dia gi servis di Pusat Servis Proton di Malim, sebab dia kena oncall hari Sabtu sepanjang hari. Minggu depan nak jalan-jalan ke Cameron Higlands, minggu ni baru teringat nak servis kereta! Apa daaa.....Memula dia minta tolong kat aku, tapi aku bagitahu dia yang aku balik Seremban hari Jumaat macam biasa. Lepas tu dia minta tolong kat kak lang aku, aku ingatkan ok la..rupe-rupenya kak lang aku cakap dia dah lama tak bawa kereta manual, so rasa tak yakin boleh drive kereta adik aku tu. Haaa...sudah! Aku nak berleter kat adik aku pun tak ada gunanya.
Masa duduk-duduk dengan mak petang jumaat tu, mak tunjuk kaki mak berbalut dengan plaster. Mak kata kaki mak terluka sebab ikan beku terjatuh betul-betul atas kaki. Darah memancut tak berhenti-henti. Aku yang dengar pun naik seram, hati aku berbelah bahagi sama ada nak balik malam tu juga atau tidak. Last-last aku call adik aku, suruh dia call kak lang kata tak payah ambil kereta. Aku nak bawa mak ke klinik untuk ambil ubat dan tolong selesaikan hal adik aku. Aku call suami, bagitahu dia yang aku tak jadi balik malam tu juga, suara dia dah berubah. Aku terangkan betul-betul apa alasan aku buat macam tu, alhamdulillah, dia faham akhirnya dan suruh aku balik hari Sabtu je, sebab dia risau juga aku balik lewat-lewat malam seorang diri.
Pagi Sabtu tu, aku bawa mak sarapan dulu kemudian hantar mak ke rumah Mak Lang. Hari tu ada kenduri kawin sedara dekat, jadi mak nak pergi la. Lepas hantar mak, memang aku pecut ke hospital untuk ambil kunci kereta dan duit dari adik aku. Sampai kat Pusat Servis dah lewat 15 minit, tapi seperti yang dijangka, memang banyak kereta masa tu. Nasib baik aku bawa majalah untuk jadi bahan bacaan semasa menunggu kereta adik aku diservis. Lama giler! Dekat tiga jam aku duduk kat situ...naik kematu punggung duduk lelama....dari pukul 10 pagi sampai hampir 1 tengahari aku jadi tugu tak bergaji kat pusat servis tu.
Dah habis servis tu, aku ke hospital balik untuk parking semula kereta adik aku dan ambil kereta aku balik. Serius, perut aku dah berkeroncong lapau! Ingatkan nak singgah mana-mana makan dulu, tapi aku tengok awan dah gelap giler dan macam nak hujan, jadi aku batalkan saje niat aku dan pecut balik rumah Mak Lang untuk ambil mak aku. Dalam perjalanan, mak call aku kata Nana anak Mak Lang dah hantar mak ke rumah balik dari kenduri kawin tu. Lorrr...buat penat je aku ambil jalan shortcut ke Paya Rumput lalu jalan kilang-kilang di Bukit Rambai tu!!
Sampai je rumah, aku mengemas barang nak bawa balik rumah mertua aku, tapi sebab dah kelaparan sangat, aku keluar kejap beli makanan dan juadah petang.Lepas je makan, aku rehat kejap sampai tertidur. Agakk-agak dah dekat pukul 5 petang, mak aku kejutkan untuk bersiap-siap balik Seremban, mak aku takut aku balik lewat sangat...
Masa nak undurkan kereta, aku ternampak En. Nyet atas para pokok orkid mak aku....usha En. Nyet jap..
Gerak dari Melaka pukul 6.00 petang, aku tak bawa laju sangat...jadi, pukul 7.15 malam aku sampai di Seremban. Setiap kali lalu jalan ni dan nampak papan tanda ni, aku senyum sendirian...bongek?!
Nasib baik semua ada di rumah...agak-agak lepas Isyak, aku kuar sekejap ke Tesco untuk beli bahan-bahan nak masak untuk sarapan pagi Ahad. Ramai giler orang di Tesco Seremban baru tu, dan yang paling aku geram, semua troli habis digunakan!Owh...lupa! Hari Sabtu kan hari tanpa beg plastik! Patutlah masing-masing tak mahu lepaskan troli pada orang lain, takut kena angkut barang-barang dengan tangan sendiri. Sakit jiwa dibuatnya hampir 15 minit menunggu troli yang dah habis digunakan diletak semula di tempatnya. Tak de orang nak pulangkan balik troli...aduhh! Last-last aku kena beli juga beg plastik kitar semula Tesco untuk isi barang-barang yang dah beli. Hampeh!
Lenkali, kalau shopping kena pada hari Sabtu, aku nak pastikan ada beg plastik dalam kereta aku untuk langkah berjaga-jaga. Kalau boleh nak bawak bakul sorong macam gi pasar tu...senang cerita!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)