30 September 2010

Urusan Borang Dah Selesai

Semalam, pergi ambil balik borang permohonan nikah di pejabat agama. Alhamdulillah dah siap dan tiada sebarang masalah. Hantar di pejabat agama pada 24 September lalu, 29 September dah siap diproses. Balik je dari kerja, malam tadi ke rumah imam Hj Hambali untuk serahkan borang yang dah siap bersama-sama duit urusan perkahwinan sebanyak RM420.

Imam suruh ingatkan dia balik sehari dua sebelum majlis akad nikah takut-takut terlupa. Imam juga ada cakap, kalau nak bawak bakal pengantin lelaki jumpa dia untuk tip-tip soalan yang akan ditanya masa akad nikah, boleh jumpa dia seminggu sebelum kawin. Kalau macam tu, abang cuti sehari nanti, boleh uruskan sekali proses fitting terakhir, jumpa imam dan beli kelengkapan majlis yang terakhir!

Hari ni abang turun Melaka, kebetulan dia cuti...dah rancang nak gi beli sepersalinan baju Melayu untuk majlis sambut menantu di Seremban nanti. Abang cakap nak pilih yang sedondon dengan baju Ida tu. Tak lupa juga, nak serahkan sekali barang kemas untuk majlis batal air sembahyang nanti.

Hari ni 30.09.10.....aku masih bergelar bujang.
Tapi pada tarikh 30.10.10 depan, kurang sebulan dari sekarang....aku dah jadi milik seseorang yang aku panggil suami. InsyaAllah......amin!

17 September 2010

Surat Kebenaran Berkahwin Di Luar Kariah Masjid

Alhamdulillah, persediaan borang-borang nikah abang dah selesai. Masa dia call bagitahu dia dah pergi ambil surat ni kat Pejabat Agama Islam, aku jadi gembira sangat. Dia janji nak datang hantar borang ni kat Melaka lepas balik kerja. Kesian la pulak, tengah-tengah malam masih memandu jauh, dahlah keletihan kerja.....


Pejam celik pejam celik, lagi sebulan majlis pernikahan akan berlangsung. Herm...semoga semua urusan pernikahan dipermudahkan dan diberkati-Nya...amin!

15 September 2010

Kad Jemputan Majlis Perkahwinan Kami

Bagi rakan-rakan yang tidak sempat memberikan alamat dan pada masa yang sama saya pun tak sempat poskan kad jemputan, harap dapat rujuk pada kad di bawah untuk rujukan. Semua dijemput hadir ye.....
Berharap sangat rakan-rakan baik dari sekolah rendah, menengah, matriks, universiti mahupun rakan kerja baru dan lama dapat menghadirkan diri sama-sama memeriahkan majlis kami.

02 September 2010

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting tak lama lagi....makin berdebar rasanya!

29.10.10 - Nikah di rumah selepas solat asar.
** baju nikah dan tudung dah siap beli.

30.10.10 - Majlis bersanding.
** majlis bersanding buat kat rumah je, perancangan nak sanding di dewan japerun macam tak relevan dengan niat mak aku nak berkumpul sedara mara sampai ke petang...kalau kat dewan, sedara datang dengan konsep 'touch-n-go', tak dapat nak beramah mesra lama sikit.
** baju majlis bertandang dah siap jahit, masukkan dalam senarai dulang hantaran.
.
..
...
....
jarak antara majlis di Melaka dan di Seremban, tak tahu lagi dapat curi masa untuk bulan madu atau tak..herm, macam tak cukup masa je.Lokasi nak bulan madu pun tak dapat lagi.

07.11.10 - Majlis bertandang ke Taman Bukit Chedang
** seminggu selepas majlis di Melaka.

Oh, lupa pula....tarikh untuk pertandingan KIK peringkat negeri Melaka:

27.09.10 (Isnin)

semoga kali ini kumpulan kami lebih berkeyakinan untuk membuat persembahan terbaik kami, amin!