Akhirnya, aku dapat buat carta susur galur kucing-kucing aku. Kalau nak tengok dengan lebih jelas, klik sahaja pada gambar kat atas ni.
Nasib baik aku ada ambil gambar kucing-kucing aku sebelum aku kehilangan diorunk.
Satu yang aku perasan, semua kucing aku yang berwarna oren tak panjang umur. Mummy mati kena racun, Adik kena langgar, Oren Kecik mati selepas Mummy menghilang, Adik Jr. mati jatuh longkang dan Oren (anak Along) mati dimakan kucing liar.
Sekarang yang tinggal, 4 ekor sahaja kucing-kucing aku. Along, Angah Jr., Tam Tam dan Blackie.
Along macam tahu dia kehilangan adik beradik dan anak dia....mengiau-ngiau panjang macam meluahkan rasa sedih di tepi kaki aku....aku pun sedih juga.
Aku sedih tapi aku puas dapat jaga kucing-kucing aku sampai akhir hayat diorunk. Aku sempat beri makan pada Adik, aku sempat mandikan Oren Kecik dan Kelabu Kecik serta aku sempat ubatkan mata Adik Jr. sebelum diorunk mati.
wuuuhuu..siap ada susur galur kucing siakkk...lengkap..drpd mummy(generasi pertama)hingga la ke Blackie..ingat kau ek..
ReplyDeletesafirul amar,
ReplyDeletemmg la aku ingat, benda berlaku semua dalam jangka masa setahun ni....sebab tu aku simpan gambar kucing2 aku...org x de anak, sayang kat kucing la lebih..esok dah kawin, sayang kat laki lak, pastu sayang kat anak..mcm ko...heheh...betul x?