Lama tak kemaskini blog ni. Dah bersawang sana sini. Hik hik hik.
Kerja lepas cuti raya makin bertimbun, sampai satu tahap, aku rasa nak tutup telefon, ambik kunci kereta dan pergi ke satu tempat yang aku tak perlu fikirkan pasal beban kerja. Boleh ke aku buat macam tu? Lepas pencen la jawapnya baru dapat buat kerja gila macam tu..kan?
Tapi dalam banyak kerja tu, adik aku buat plan spontan, ajak gi bercuti luar dari Melaka.
Aku iyakan je, walaupun dalam hati 50-50 nak pergi ke tidak.
Ye la, kalau aku beriya-iya nak pergi pun, duit tak de...apa pun tak leh jadi, betul tak?
Duit minyak je dah kena siap sedia dalam RM100-150. Abis tu, tak yah nak beli apa-apa tengah jalan?
Lepas kaw-tim dengan Anur, aku support part duit minyak.
Adik aku lak kaw-tim dengan Ateh pasal duit apartment.
Ok lah tu...
Sebenarnya awal tahun lepas dah pernah pergi bercuti ke PNB Ilham. Memang sesuai jadi lokasi percutian untuk keluarga. Kalau untuk honeymoon, aku tak sure. Hehehe...
Percutian kali kedua di sini, aku ambil peluang berendam puas-puas kat kolam renang dia walaupun pada hakikatnya, aku tak tahu berenang.
Baru aku tahu, berenang atau berendam dalam air boleh melapangkan fikiran aku.
Aku buat teknik 'humming' dalam air, lepaskan semua tekanan tanpa orang lain perasan.
Gambar? Herm..ada yang aku dah muatnaik ke FB aku.
Kalau aku rajin, insyaAllah, aku akan letak sekeping dua kat sini.
Hati?
Aku pun tak tahu apa yang hati aku rasa saat ni.
Janganlah tanya apa yang aku mahu saat ni, jawapannya tiada dalam diri aku pun.
p/s: Cuma mahu pejamkan mata, dan berharap semua masalah yang bersarang di hati lenyap tika ku buka mata.....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)