Dulu, aku cukup tak suka bila mak suruh berhenti kat kedai bunga tepi jalan. Sebab apa? Bila mak dah turun kereta je, alamatnya memang makan masa berjam-jam la mak duduk belek satu-satu pokok bunga terutamanya pokok bunga orkid.
Aku plak bukan jenis suka tanam-tanam pokok ni, let alone tanam pokok bunga orkid. Sungguh la membosankan ngadap pokok yang sesekali je berbunga lawa pastu tinggal daun hijau dia je.....
Tapi, lama-lama aku dah jadi terminat lak membelek pokok orkid, malah jadi teruja tengok warna-warna bunga orkid yang sangat cantik dan berbagai bentuk tu. Masa hari lahir mak yang lepas, aku saje bawa mak ke kedai bunga, nak minta mak pilih sendiri pokok bunga apa yang mak nak untuk hadiah hari lahirnya. Aku borong sampai 5-6 pasu bunga untuk mak.
Kenangan yang paling manis, bila mak namakan pokok2 bunga orkid mak sempena nama anak2 mak. Yang paling kembang, mak namakan sempena nama aku! Hehehehhe......
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)