PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.
Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.
‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.
‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.
Ntah la, tak boleh berharap sangat. Apa yang penting, berhemah semasa berbelanja untuk persiapan hari raya kali ini. Jangan jadi seperti "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan". Bahaya....tak pasal2 berhutang dengan Along lak nanti, nak pinjam sedara, segan.Tahun ni aku tak de semangat langsung nak sambut raya meriah2. Semua berpunca dari bajet yang terhad. Kalau sakan bulan raya ni, bulan depan memang alamatnya termenung je la.
Kuih raya pun aku tak tempah lagi. Tahap malas nak cari orang ambil tempah buat kuih raya melampau2 lak sejak dua menjak ni. Budak2 opis tunjuk sampel kuih raya pun, aku tengok ala kadar je. Dalam otak aku skang nak cari kerepek je. Bosan la tengok kuih raya bertepung2 dan bergula2 bagainya ni. Muak.
Orang dah mula membeli-belah kemain sakan pun, aku masih leh maintain cool dan buat dunno je. Hilang nafsu aku nak beraya tahun ni. Nape ek? Mungkin sebab cuti tak panjang? Sebab penat ngadap kerja-kerja opis? Atau aku dah malas nak hidup kat muka bumi ni? Ntah la....aku sendiri tak paham dengan mood raya aku tahun ni.
Adoii aaaii...mana perginya separuh dari jiwa aku ni? Lari mana? Melarikan diri atau dibawa lari oleh seseorang?
Jiwa kacau betul...
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)