Bersungguh mak nak berbaju baru masa hari konvo adik aku. Yelah, lagipun ni boleh dikatakan peluang terakhir mak aku nak merasa tengok anak-anaknya mendapat skrol dan menjadi graduan. Dah abis dah adik beradik aku yang belajar di universiti. Sekarang adalah masa mencari pekerjaan yang bersesuaian dan membalas balik jasa mak abah. Adik bongsu aku konvo pada hari Jumaat, jadi aku mohon cuti awal seminggu. Masa2 kritikal macam sekarang ni, peluang permohonan cuti ditolak memang tinggi. Jadi, bila pengarah dah luluskan permohonan tu, kire dah cukup bersyukur la.
Bila aku tengok baju berbunga pink dan berlatar belakang warna putih tu, aku dah boleh bayangkan betapa comelnya mak aku nanti. Hehehehe....macam gadis kampung.
Terpulanglah pada mak nak pakai baju kurung warna apa pun, aku tak kisah. Mak aku dah dapat 3 helai baju kurung yang ditempah awal bulan ni...
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)