27 August 2009

Alkisah Hari Keenam Berpuasa

Hidangan berbuka untuk hari ke-6. Sambal sardin dan gulai masak petai dan ikan masin. Sangat menyelerakan.

Dua hari berturut-turut (puasa ke-5 dan ke-6) hujan lebat di Melaka. Lencun satu badan waktu nak ke tempat parkir kereta. Mengigil2 waktu memandu balik....

Anak beranak bergotong-royong makan nasi yang digaulkan dengan ikan rebus. Dalam mak tak suke membela kucing2 tu, rajin pulak belikan ikan selar kecil2 untuk makanan kucing2 aku tu...hehehe.....seronok tengok masing2 makan.

Yang kelakarnya, Along yang dah tua bangka tu pun masih duk bermanja dengan Mummy. Gesel sana, gesel sini. Mummy buat muka seposen je. Along kalau nak tidur pun, mesti duk dekat-dekat dengan Mummy, himpit badan seboleh mungkin, nak bermanja. Tak caya? Cuba tengok gambar kat bawah ni...hehe!
Sian Along, tak de kawan nak bermain, terpaksa la layankan adik-adik kecik dia. Tapi, Along pandai jaga adik-adik dia. Tolong jilatkan mandikan adik-adik dia masa Mummy keluar ronggeng rokiah merayau. Selalu juga gigit2 manja kat adik-adik dia masa tengah lepak2 depan pintu dapur umah mak.

3 comments:

  1. sardin memang menyelerakan, sangat sedap..

    ReplyDelete
  2. wah, ramai penggemar sambal sardin ye...huhuhuuh

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)