28 July 2009

Kemalangan di Jambatan Gangsa

Pagi ni semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, aku bertemu dengan satu kemalangan di jambatan kawasan Gangsa (berhampiran Ayer Keroh). 3 buah kereta berlanggar secara bertunda di laluan paling kanan. Masa tu aku pun di laluan kanan dan dalam keadaan gear 5. Kire laju juga la.

Tiba-tiba nampak ade orang lelaki kibar-kibarkan kain warna kuning sambil tunjuk isyarat tangan ke arah kiri. Hati aku dah berdebar-debar dah. Sempat ke nak tukar ke laluan kiri secara mengejut? Isk...kenderaan-kenderaan di hadapan aku ada yang berhenti mengejut kerana nak mengelakkan dari bertembung dengan belakang kereta yang tersadai di tengah jalan tu.

Nasib baik laluan sebelah kiri tiada kereta semasa aku memandang ke dalam cermin sisi. Berbekalkan kalimah Bismillah, aku beri isyarat ke kiri dan masuk ke laluan sebelah kiri dengan kelajuan perlahan sedikit. Sempat juga mengerling ke arah kereta-kereta yang rosak teruk tu. Kalau tak silap aku, kesemuanya berbangsa Melayu. Isk..kesian lak kat diorunk. Pagi-pagi dah diduga dengan kemalangan. Harap-harap tak ada yang tercedera. Yang paling teruk, tentulah kereta di tengah-tengah tu. Depan belakang remuk.

Nak ingatkan sesapa yang ke tempat kerja melalui lebuh AMS (Sungai Udang - Ayer Keroh), berhati-hati sedikit kalau melalui jambatan Gangsa tu, sebab dah selalu sangat kemalangan berlaku kat situ. Kemalangan dua bulan lepas pun berlaku di tempat yang sama. Jenis kereta yang laju dan brek emergency sebab lepas jambatan tu, dari 2 lane jadi 3 lane, so orang akan masuk ke lorong yang dia nak ikut suke dia je. Tak beri signal awal2. Itu yang aku selalu perasan. Tau2 je dah menghimpit kereta belakang sebab nak tukar lane tiba2 je.

Aku kalau bab-bab kemalangan kereta ni, memang cepat berdebar-debar. Pengalaman pahit kemalangan setahun lepas memang selalu terimbau di fikiran aku. Terbayang-bayang kereta dari arah bertentangan menuju laju ke arah tempat duduk aku (pemandu). Aku masih ingat, saat tu aku rasakan betul2 sunyi untuk beberapa ketika, kemudian barulah aku terdengar suara orang disekeliling yang dah mengerumuni kereta aku.Arghh....seboleh-boleh aku nak lupakan semua yang dah terjadi. Tapi trauma aku masih tak berkesudahan.

P/s: Gambar kemalangan pagi tadi? Tak ada. Aku tak sempat ambil. Keadaan kelam-kabut, lagipun aku tengah memandu la.

3 comments:

  1. hello idaaaaaaaaaaaaaa
    girl you should really give writing a try!!! you've got the flair, you've got the passion! isi blog hari2, jadi kan practice platform. and i like that you're concern about managing your money and not just spending money! good that you know the importance. i'm gonna read the other topic vefore retiring for the night, siang tadi dah kepenatan.... i'll "see" you again...
    p/s:give it a try...

    ReplyDelete
  2. ohhh "fatbottomgal" is kak azam hahah

    ReplyDelete
  3. hie kak azam;

    huhuhu...welcome to my lil world of blogging. tempat nak lepaskan perasaan.rajin2 lah jenguk ye?

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)