04 March 2009

Semua Dalam Satu Topik

Haa...hambik kau!

Dak Ariel dok anta komen kat frenster aku suh update blog aku nih...aku betul-betul sibuk la wei...tak tipu! Dari minggu lepas aku dok bergelumang dengan kerja, bengkel penulisan dan banyak benda berkaitan kerja...sampai la time ni, aku tak tahu mana satu benda aku nak luahkan dalam blog ini terlebih dulu, dalam pale aku nih ada banyak benda nak diceritakan...huh! Oklah, meh aku citer satu persatu...tarik napas dulu eek?

Bengkel Penulisan Laporan Aktiviti Tahunan JKMM Bagi Tahun 2008
Tempat : Bayu Beach Resort, Port Dickson, N9
Tarikh : 27 Feb - 2 Mac, 2009

Aku dapat tugasan ni secara adhoc, dah nama pun arahan bos kan, so aku pun menurut perintah je la. Kebetulan lak, seminggu dua nih aku tengah mengalami fenomena "nak-lari-dari-ngadap-kerja-dengan-bercuti2-Malaysia"...so, aku sambar jer la tugasan nih. Kire serampang dua matanyer tugasan la ni, kerja-kerja gak, cuti tetap cuti2 Malaysia. Dapat gak aku buat rangkaian kawan2 baru dengan otai2 JKMM masa gi bengkel ni...dah mak aku cakap, "Jangan berat mulut, bawak2 berkawan dengan semua orang"...aku apalagi, semua orang aku tegur, lantaklah apa 1st impression diorunk, asalkan aku dapat grab perhatian diorunk..huhuhuh

Ni kalau bos aku tahu aku layan movie P. Ramlee time orang dok sibuk present laporan masing2, mau aku kena tibai ni...huhuhuhLayan cam-whoring.....hik hik hikSila salahkan urusetia yang buat bengkel ni kalau berat aku bertambah 3-4kg lepas balik dr PD ni....sehari 6 kali mentedarah, mau taknyer aku makin gebu?

Sebenarnya banyak gak gambar yang aku snap masa kat Bayu Beach Resort nih, tapi aku malas plak nak mengupload dalam masa terdekat ni. InsyaAllah, kalau mood nak ber'blog'ing aku ni dah back to normal, aku ringan2kanlah diri mengupload untuk santapan mata korunk, erk?

Bandar Baru Sungai Udang
Tempat : Pembangunan bandar baru depan Penjara Sungai Udang (Tepi jalan Bertam Ulu)
Tarikh : Seminggu dua ni baru perasan

Sebelum ni aku tak de la hadap sgt nak tinjau2 perkembangan pembangunan bandar baru nih, sebab aku rasa it will end up just like other development, tapi satu pagi masa nak ke opis, aku terpandang lalu tertarik dengan fasiliti yang bakal wujud selepas pembangunan bandar baru ini disiapkan.
Nampak tak? Hampir 95% daripada fasiliti yang ditawarkan itu, memang aku nak sangat ada kat Sungai Udang ni. Pasar raya Econsave, KAMDAR, stesen minyak Petronas, stesen bas/ teksi, pasar tani/malam, rangkaian kedai makanan segera, bank dan medan selera...sangat lengkap untuk kemajuan pekan aku tu sejak sekian lama. Bukanlah maknanya selama ni aku duduk kat pekan tahap pekan koboi, tapi dengan adanya semua ni (harap-harap terlaksana la ye walaupun 70% dari apa yang ditawarkan kat papan iklan tu), sekurang2nya tak payah la aku nak membazir tenaga dan kos, drive jauh2 semata2 nak gi makan sedap skit sampai ke Masjid Tanah atau bila mesin ATM Maybank kat Petronas Sungai Udang tu dah kehabisan duit, aku harus membuang tenaga dan masa, rushing ke mesin2 ATM CIMB, Bank Islam, Public Bank di Masjid Tanah tu.

Antara kebaikan yang aku rasa aku leh dapat dari kewujudan fasiliti-fasiliti di bawah ni adalah;

1) Pasar raya Econsave - sekurang2nya aku ngan mak aku ada pilihan nak shopping kat mana bila dah borink atau nak boikot Family Store Sungai Udang tu...

2) KAMDAR - tak payah la nak gi sampai Semabok (Astana Moda), Nagoya Tekstil kat depan Melaka Sentral semata-mata nak beli kain ela buat baju baru

3) Stesen minyak Petronas - alternatif terbaik nak isi minyak time pagi2 otw nak ke tempat kerja

4) Stesen bas/ teksi - bagus2...proper la skit sistem pengangkutan awam kat kawasan Sungai Udang nanti

5) Pasar tani/malam - ada banyak pilihan nak pilih lokasi pasar malam setiap minggu

6) Rangkaian kedai makanan segera - macam aku cakap kat atas td la, x payah la aku nak heret famili aku jauh2 semata2 nak makan sorang sekeping ayam goreng atau pizza

7) Bank - tak dapat cawangan bank utama pun tak per la, asalkan ade mesin ATM tiga pat buah, tak de la aku tensen nak berebut beratur ngan mamat2 askar kat depan mesin ATM dalam Petronas terutamanya masa orang dah dapat gaji ujung bulan..sengal !

8) Medan selera - alternatif kalau dah mati akal nak serve apa untuk orang atau sedara mara datang bertandang kat umah..bijak x aku? hehehhe....

Rancangan Ally di TV3: Amboi Tiga Kali
Tempat : Depan tv dalam bilik aku
Tarikh : 4 Mac 2009(malam tadi)
Selebriti Jemputan: Rozita Che Wan (RCW) dan Adam Salleh

Very the puking lor!! Tolong lah rcw nih, dh la aku x berkenan dengan dia, ditambah lak dengan aksi puntianak mengilai tutup mulut konon cover2 mcm perempuan sopan...puke! puke!puke!....
Aku dari teruja nak tgk rancangan Ally nih, terus jadi menyampah dengan aksi plastik rcw nih. Halo, bukan ko sorunk je lawa kat muka bumi ni rcw oi....x payah nak palsu2kan diri tu,dengan rambut palsu dia, dengan baju ntah apa2 dia tu (dah macam imelda marcos -first lady filipina tu je gaya baju dia),dengan bulu mata kasawari dia tu...puke sekali lagi!

Dah la, malas aku nak komen pasal rancangan Ally ni....mood dah lari......sat..sat..nak puke balik bile teringat aksi manja2 aka mengelitis rcw malam tadi.....pukeeeee!

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka Kali Ke-27
Tempat : Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh
Tarikh : 5 Mac 2009
Penceramah Jemputan: Ustaz Mohd Fauzi B. Mustaffa

Hari ini, aku first time mendaftar sebagai ahli PUSPANITA. Tahu apa PUSPANITA tu? Nama penuhnya ialah Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Macam lawak lak aku masuk persatuan2 macam ni, sebab aku bukan jenis manusia yang suka berpersatuan2 nih. Akukan manusia jenis darah B+ (manusia bersifat individual dalam banyak perkara) *sila rujuk artikel/topik yang aku pernah tulis dalam blog nih....

Kebetulan hari ini diadakan Mesyuarat Agung PUSPANITA peringkat negeri kali ke-27, dan kakitangan awam yang baru dilantik dijemput hadir menjadi ahli dan peserta mesyuarat tersebut. Otometikeli aku ngan Kak As wajib hadir ke majlis tu. Overall aku berpuashati la dengan urusetia majlis memantau kelancaran majlis, cuma satu je la yang aku agak jengkel skit...slaid montaj dia yang macam haram..tersekat-sekat, background color montaj yang sungguh membuatkan aku jadi berpinau mata nak membezakan tulisan dengan background..pergh....sapa la yang buat montaj PUSPANITA nih? Orang IT ke atau tangkap muat je?

Masa daftar nama tadi, senior persatuan tanya sama ada aku ahli baru yg mahu mendaftar..aku angguk jer la. Akak tu cakap, aku kena bayar RM36 (RM20 Yuran Masuk, RM16 Yuran Tahunan). Dia suggest aku jadi ahli seumur hidup (ASH), just bayar RM100 dan tak perlu apa2 lepas nih. Masalahnya mana la aku ade bawak duit sebanyak tu kehulu-kehilir terutamanya masa waktu bekerja? Aku cakap bayar yang mana wajib dulu la....pasal ASH tu, lenkali aku tukar jenis keahlian je la. Cuma yang aku musykil nih, kalau aku nak tukar status keahlian nanti, duit RM36 tu dipulangkan semula x? Herm....

Hehehe.....macam jodoh lak, warna tema baju persatuan PUSPANITA ni adalah warna pinkish...heeeeee.....kire sherasi la ngan jiwa aku..huhuhuhu....

3 comments:

  1. tak penah layan talk ally ni, tapi mcm teruja je bab cerita psl rozita che wan tu. ada gak dgr cerita yang dia ni fake semata-mata, tapi tak penah tgk ke-fake-an dia, adekah se-fake aku?


    wahahahahaahhahahaha.

    ReplyDelete
  2. wah busy sungguh kamu ye... bagus bagus... cemana keputusan PAC?

    semenjak dua menjak merajuk ngan PTD langsung tak tgk forum PTD...

    ReplyDelete
  3. keputusan PAC? mmg gagal la kak ari tu..heheh..x per la, masa keputusan tu keluar, mmg dah masuk lapor diri sebagai PTM pun..heheh...so x de la kesal sgt ....

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)