28 November 2008

Rezeki Kita Berbeza

Merenung kembali perjalanan hidup aku, aku tersenyum sendiri...Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Memahami setiap permintaan hamba-Nya, seperti aku. Dia akan penuhi setiap permintaan hamba-Nya; sama ada cepat atau lambat, jadi kita sebagai hamba-Nya hanya perlu menunggu dengan sabar tanpa merungut.

Dulu masa aku keje kerani khidmat pelanggan kat syarikat logistik (1st job), aku sedikit kecewa sebab rasa segan ngan member2 yang lain yang dah berjawatan tinggi. Nak kontek2 member pun aku fikir 3-4 kali, malu nak bgtau yang aku ni keje setakat kerani bergaji RM750 sebulan. Tiap2 hari aku doa supaya dapat keje yang related dgn kelulusan aku kat U. Pengalaman kerja dari bawah mengajar aku mengenali hampir semua ragam dan karenah manusia kelas pertengahan, itu semua aku jadikan pengalaman untuk aku majukan diri. 1 tahun 3 bulan kemudian, aku dapat tawaran kerja sebagai Peg. Tadbir ICT kat sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka.

Bekerja di syarikat ni memberi aku kepuasan dari segi menambah ilmu berkaitan Multimedia, banyak juga skop kerja yang aku cover; buat iklan LED, buat kiosk informasi, buat keje2 editing bahan multimedia, buat kad matrik student kolej pun ade! huhu.....enjoy gak la!Kene lak unit aku tu ramai perempuan dan kitaorunk leh dikatakan sekepala,so mmg happening la. Tapi aku rasa macam ade sesuatu yang kurang. ..Exposure! Aku berkerja dibawah seliaan Ketua Unit, jadi kerja aku hanya melibatkan aku dan dia je, aku rasa lemas sebab x dpt nak tunjukkan kebolehan diri aku memimpin sesuatu perkara. Jodoh aku ngan syarikat ni x lama, dalam 10 bulan lebih, aku ditawarkan jawatan Peg. Tek. Maklumat kat salah sebuah bahagian di Jbtn Ketua Menteri Melaka, iaitu tmpt kerja aku skang.

Aku start keje kat sini dalam bulan 4,2008....sampai skang dah hampir 7,8 bulan aku keje. Aku syukur sangat dpt bekerja kat sini sebab akhirnya aku dapat juga buat something yang aku leh banggakan @ jadikan kenangan manis sepanjang pengalaman kerja aku. Setiap kerja yang aku buat, aku cuba yang terbaik...x kisah la kalau silap, aku cuba jadikan itu semua cabaran untuk aku bina kecemerlangan aku dalam melaksanakan tugas.

Masa bulan puasa yang lepas (4hb Sept 08), aku g interview SPA utk jwtn PTM F41, lama gak aku mohon jawatan tu...dalam 2tahun lebih, x de lak dipanggil utk interview sampaikan aku rasa dh tawar hati nak mohon lagi...tetiba SPA panggil utk interview tahun ni plak. Alhamdulillah, berkat doa mak (yang ini aku yakin 100%), 22hb Okt 08 aritu, aku dpt tahu aku layak jadi calon simpanan PTM utk setahun....tp agaknya berkat doa mak aku siang malam nak aku dpt kerja tetap dan stabil, x sampai sebulan SPA anta surat tawaran lantikan jwtn PTM.....aku terus jadi speechless...kebetulan exam PTD yang dh masuk 5-6 kali aku gi asyik gagal 1st stage tu je, leh lulus lak kali ni....herm...sampai aku terfikir " Dulu time aku nak sgt2 cari kerja, satu pun x dapat....tapi ni bila dah dpt 1,kemain banyak lak rezeki yg datang bergolek".
Betul kata orang, rezeki kita berbeza antara satu sama lain. Tak perlu merungut atau asyik menyalahkan Allah kalau apa yang kita hajatkan x kesampaian, sebab Allah ade sebab kenapa Dia buat macam tu. Macam kes aku, aku rasa Allah memang dah rancang laluan kerjaya aku bermula dari bawah, setapak demi setapak dan ambil masa skit sebelum Allah berikan apa yang aku idamkan selama ni. Mungkin Allah nak aku belajar the hard way sebelum aku berjaya dalam hidup ni. Mungkin kalau aku terus masuk gomen direct lepas graduate dulu, mungkin aku lemah dalam bab berkomunikasi ni.
Aku tersenyum lagi....

1 comment:

  1. nice to read on this article... congrate ya...

    lets blogging!!!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)