02 February 2016

Period Pertama Tahun 2016


2 Februari 2016.

Ye....kitaran haid pertama bagi tahun 2016 ni. Ku ingatkan kitaran haid makin pendek, sebab aritu dari 56 hari turun kepada 46, lepas tu turun ke 40....tetiba naik balik jadi 44 hari. Allahuakhbar...

Jadinya sepanjang bulan Januari 2016 tiada peristiwa berdarah. Usaha TTC bulan Jan masih seperti biasa; monitor hari ovulasi dengan strip OPK, buat castor oil pack dan makan makanan sunnah. Cuma sejak awal bulan Jan bersemangat berdiet sihat dan buat aktiviti senaman. Selain itu, ada juga ubah cara pemakanan dengan tinggalkan nasi (sumber karbo) sejak minggu kedua bulan Januari (14 Januari 2016) sehingga saat ini.

Agaknya hormon terkejut dengan perubahan badan kot? Aku perasan ovulation day muncul lambat dari jangkaan dan start breast pain pun lewat (CD32). Wallahualam...takpe la, teruskan usaha TTC sedia ada sebaik sahaja period habis. Untuk rekod, hari ni bermula semula CD1.

8 comments:

  1. huhuhu...sama la cd1 kita ri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...sama la pulak kan? Mari berhuhuhuhu~

      Delete
  2. kita ms mula2 diet athkins sebelom ni pon alami benda yang same..period jd x betol cycle jd 33-35 tp 2 bulan je..lepas tu cycle period jd cantek maksimum 30days..perubahan hormon xpe yang penting kene teruskan..insyaallah!kita always doakan! cayok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Mummy Reha, memang dah set dalam minda, mungkin ni perubahan sementara..badan baru nak adjust. Just go with the flow....

      Delete
  3. teruskan usaha..

    Cewah..mcm cikgu la plak. hihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...inshaAllah....doakan untuk Yani ye KekDa!!

      Delete
  4. akak, saya TTC jugak. kita sama-sama doa ye Allah kurniakan kita zuriat yang soleh solehah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabbal alamin, inshaAllah! ;)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)