10 September 2014

Beli Whole Chia Seed Di Cosway

10 September 2014.

Chia seed yang beli tempohari dah habis makan. Berkongsi sebungkus chia seeds ni dengan suami; sesudu setiap hari. Sebungkus bertahan selama 17 hari (untuk 2 orang makan). Hari ni pergi cari lagi di kedai, kali ni pergi terus ke outlet Cosway dalam Mydin MITC. Tak jumpa brand yang beli aritu, tapi jumpa yang ini. Harga pun lebih murah. Staf Cosway sebut, tak ada beza harga member dengan harga bukan member. Whole Chia Seed jenama Mildura Natural ini berharga RM38.00 untuk 500gm.

Nampak promosi atas kaunter Cosway ada tulis, purchase with purchase untuk Whole Chia Seed jenama Mildura Natural adalah RM29.90. Murah memang murah tapi nanti-nanti la. Apa-apa pun kita cuba dulu Whole Chia Seed jenama Mildura Natural ni.

Kalau yang Chia Seed jenama Certified Organic tu harga RM29.90 untuk 200gm. Kalau beli 2 bungkus untuk stok sebulan, dekat RM60 juga.


Apa efek lepas makan chia seed ni?

Rebiu peribadi aku, apa yang aku perasan, selalu masa mandi dan kat atas katil lepas bangun tidur banyak rambut gugur. Tapi kebelakangan ni, nampak macam kurang sikit kuantiti rambut yang gugur, ada tapi tak sebanyak dulu.

Suami pun ada cakap, struktur chia seed kali ni lebih kecil dan halus berbanding chia seed Organic yang mula-mula beli tu, sampaikan tak terasa kat tekak masa minum atau kunyah. Huhuhu...macam-macam laki aku ni!

Apa-apa kita tunggu perkembangan selepas makan sebulan dua, ok?

Entri terdahulu : Chia Seed : Amal Tapi Jangan Berlebihan

Info Tambahan...

Whole Food Sources

If you can’t find a suitable protein or don’t you don’t want to buy one, the following are also good sources of protein that can be added to your juice:

  • Chia seeds – these seeds swell when soaked in liquid and make a gel consistency in juice, so it’s all about texture when considering this addition to your juice! 1 oz provides about 4 grams of protein.
Sumber Rujukan : Protein, Will I Get Enough? dari Reboot With Joe.