13 September 2013

2010 - 2013 : Baju Sama, Orang Sama

 

13 September 2013.

Pagi tadi, tiba-tiba terasa nak pakai jubah pergi kerja.
Belek-belek jubah dalam almari, terpegang jubah yang dah cukup lama tak pakai.
Beli jubah dua helai masa bulan puasa 2010, jadi dirasmikan masa raya di rumah dan masa jamuan hari raya di jabatan. Ingatkan pakai jubah boleh camouflage badan yang makin naik bagai dipam-pam masa tu, tapi nan hado. Makin terserlah lagi ada ler. 

Pagi tadi, baca bismillah banyak-banyak masa sarung jubah ni kat badan.
Sekali.....rasa macam pakai jubah pinjam!
Huhuhu...tunjuk kat hubby, dia boleh tanya...ni baju baru beli ke?
See....nampak sangat aku dah lama tak pakai jubah ni sebab kali terakhir pakai dulu, sampai tetas kat bawah lengan dan bahagian pinggang sebab ketat metat. Siap jahit tangan balik dua kali; sekali jahit, pakai..tetas! Jahit lagi.... :)

Aku cakap kat hubby, ni jubah lama beli masa tahu 2010, pakai masa raya.
Dia kata macam besar je jubah ni. 
Kalaulah dia tengok gambar aku masa raya tahun 2010, mesti dia tak akan kata jubah ni besar.
Kui kui kui...


Baju yang sama, tahun berbeza. 
Baju ni punya sejarah pun lebih kurang sama dengan jubah kat atas tu.
Beli kain pasang serba hitam semata-mata sebab nak buat baju rasmi semasa perhimpunan bulanan (nak matchingkan dengan tudung rasmi SUK yang tersangat buruk pemilihan warnanya, jadi senang cerita, aku matchingkan je dengan baju kurung warna hitam).

Masa ambil ukuran badan, badan masih ok lagi.
Hantar pada akak yang jahitkan baju kurung ni, lepas tu lepas dua bulan baru ambil.
Paling best, sekali je aku dapat pakai baju kurung ni!
Sebab perhimpunan bulanan bulan seterusnya, dah tak lepas tang perut. 
Gambar atas ni, diambil masa sesi bergambar untuk dimasukkan dalam laporan KMK (orang gomen tahu sesangat konvensyen ni kan?)
Nampak 'bump' tang perut tu? Sangat obvious kan? Aku sarung juga sebab terpaksa.

Beberapa bulan lepas, aku pakai balik baju ni, dan snap gambar di pejabat.
Tu gambar belah kanan tu.
Dah boleh pakai balik, malah mengelobos pula sekarang ni.
Haish....

14 comments:

  1. wah..nampak sungguh perbezaannya..tahniah! caiyok2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah....masih banyak kilo kena turun.....

      Delete
  2. seronokkknya..berjaya selim melim...
    su su ngah usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. susut ye, selim melim jaaaaaauuuhhh lagi nak sampai tahap tu....huhu!

      Delete
    2. eheee..nampak ler % selim melim tu...su su ni jenohhh ooo nak susutkan % tu

      Delete
    3. InshaAllah PnSusu...usaha jgn putus, mungkin makan masa ...tapi inshaAllah ada perubahannya...nasib baik Yani masih simpan baju2 lama, sekurang-kurangnya boleh gambarkan semula beza berat dulu dan semasa...

      Delete
  3. nampak macam anak dara u! good job! kena kumpul semangat nak kurus jugak ni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....zura, gambar tahun 2010 tu gmbr Yani masa anak dara la....kui kui kui...istilah tu x bleh diaplikasi pd kes Yani ni... :)

      Delete
  4. Tahniah yani! Semangat i nk jadi cm u... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom SweetTooth....Yani tengah struggle nak lepas dari plateau stage angka 60++ ni....bilalah dapat hit angka 5 ni? Dah 3-4 bulan range berat badan maintain kat 63-66kg je....

      Delete
  5. Mmg napak beza Yani.. teruskan maintain tau.. tapi mujo Yani letak watermark sesiap kat gmbr, kut tak.. geng2 jual ubat/supplemen/baju kurus tu amik la gmbr Yani kang.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah KekDa...memang tgh maintainkan apa yg ada dan cuba turunkan lagi. Kalau jumpa dengan doktor, sah-sah doktor akan kata masih berat badan berlebihan. Bila doktor cakap suruh turunkan 5% dari berat badan terkini, dia ingat senang ke? Appointmnt lagi 3-4 bulan, macam le senang sgt nak turun banyak-banyak sebelum jumpa doktor....tu yang tengah struggle tu.

      Huhu...kawan2 HL Yani ada yang ambil untuk jadi testimoni HL, cuma Yani beri permission pada coach Yani je. So far under control....

      Delete
  6. omg yani! semangat je nak jadi mcm u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, jom Jee.....ramai-ramai usaha, semangat skit! :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)