12 August 2013

Usaha TTC : CD28 atau CD41?


12 Ogos 2013.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dalam usaha TTC bulan ini.

Simptom
Seawal hari raya kedua (9 Ogos 2013), dah terasa breast pain. Haih, main-main pula dia. Ikutkan, 9 Ogos tu bersamaan CD15. Ingatkan kitaran kali ini, badan dah set mode CD38-41 untuk period. Tapi bila check semula kitaran CD28 dan simptom 2 minggu breast pain, memang sedang elok ler simptom tu datang pada CD15. Itu kalau betul period nak keluar pada CD28 (22/23 Ogos 2013) la, kalau tak, tak tahu la nak jangka apa dan bila period nak muncul.

Tapikan, kalau betul la period muncul pada 22/23 Ogos 2013, masa tu aku memang akan ada rawatan susulan di klinik OnG GH Melaka. Tak tahulah kalau doktor klinik OnG nak proceed ubat Clomid untuk kitaran baru (kitaran ke-3 dengan clomid). Mungkin tambah atau tukar dos Clomid, aku tak pasti. Tapi, kalau tak period lagi masa jumpa doktor tu, bila scan mesti doktor cakap dinding rahim tengah menebal kan? Ye la, belum keluar period lagi, tunggu masa je.

Hurm, simptom lain pula, aku tak ingat sangat hari dan tarikh sebenar, dalam tiga-empat hari ni aku perasan ada watery discharge, macam jelly pun ada. Kerap juga bertukar pantyliner sebab aku tak selesa setiap kali ke tandas. Sakit pinggang belum lagi terasa. Rasa cramp kat rahim pun belum ada.

Ini macam, aku kena segerakan buat puasa sunat 6 bulan Syawal dan sekali harung dengan puasa ganti. Untuk rekod, aku kena ganti puasa sebanyak 8 hari...huhu, bertabah lah~

OPK
Oh ye, kitaran kali ini belum berpeluang untuk mengunapakai alat OPK. Sebab aku expect waktu subur akan muncul (inshaAllah) pada CD20 ke atas. Tapi bila dah jadi macam ini, ditambah pula dengan aku agak out of the control lately ni, aku rasa agak membazir kalau aku guna OPK secara tak berhemah dan sunguh-sunguh.

Amalam Minum Susu Kambing
Susu kambing pun dah berhenti ambik beberapa hari, bermula dari pagi hari raya (8 Ogos 2013). Faktor tak sempat dan tak ada masa. Jadinya, minum shake Herbalife dicampur dengan sedikit jus buah-buahan sebagai ganti (regim shake sebelah malam, sebenarnya) sehingga ke saat ini (12 Ogos 2013). Lima (5) hari tanpa susu kambing...inshaAllah, akan mula minum semula esok pagi.

P/s: Sedar tak sedar dah  hari ke-5 di bulan Syawal...

4 comments:

  1. Replies
    1. Selamat hari raya juga ,Ummi Inas....mcm mn raya? Meriah? :)

      Delete
  2. susu kambingg.... hurmm...lama tak minum..nati nati lah... hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani cuba istiqamah minum susu kambing ni suami isteri...usaha untuk tahun ni, ingat lepas raya ni nak cuba tambah dengan habbatussauda pula...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)