25 June 2013

30 Tahun : Kejutan, Kek, Hadiah dan Kasih Sayang

25 Jun 2013.

Segalanya dimulakan dengan kenangan manis oleh hubby. Hubby sampai rumah dekat pukul 10.30 malam, buka je pintu rumah, tengok dia jinjit kotak kek sambil tersenyum. Alahai, cair hati dibuatnya. Memang tak jangka dia nak beli kek, tak menyebut pun.

Masukkan kek dalam peti ais dulu, sementara tu hubby mandi bersihkan diri. Mak dan bibik dah masuk tidur, tinggal kami berdua je masih berjaga. Sementara menunggu menjelang detik 12.00 malam, baring-baring atas katil sementara tengok hubby mendownload movie. Mata dah mengantuk dah, tapi tahankan juga.

Tepat je pukul 12.00 malam, hubby ucap selamat hari lahir yang ke-30. Kami dah sebaya...yeay! Lepas tu, hubby buat kejutan keluar bilik, lepas tu masuk semula dengan hadiah di tangan. Terkedu dibuatnya. Bila hubby suruh buka hadiah dan tengok isi dalam tu, spontan peluk dia sambil menangis. Terima kasih banyak-banyak....rupanya dia beli beg tangan yang aku dok belek bulan lepas kat Parkson berdekatan tempat kerjanya. Aku sendiri dah lupa pasal beg tangan tu, jadi tu yang terkejut bila dia belikan juga di luar pengetahuan dan sembunyikan sampai tiba hari lahir aku malam tadi.

Tak sempat nak ambik gambar lama-lama, sebab kek dah mencair dengan jayanya. Haha....kena makan laju-laju. Tak sempat nak ambil feel.

Adegan suap menyuap kek semestinya akan ada, kan? Teringat masa makan beradap hari bersanding dulu, haish!

 Kek BR ni sedap tapi cepat sangat cair walaupun dah diletakkan ais kering dalam kotak kek tu. Nasib baik sempat ambil gambar sebelum cair.

  Sampai lewat petang ni hubby tak nak mengaku yang dia saje bagi alasan nak ke bilik air tengah malam tadi untuk ambil hadiah ni dari almari bilik adik bongsu di sebelah bilik kami. Alasan dia, memang dia nak ke bilik air masa tu..huhu, yer la yer la Abang oi...percaya je la. Hihihi...

12 comments:

  1. happy bday dear! 30, muda lagi :-D smg Allah melimpahkan Rahmatnya buat Yani...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.....tersenyum sebenarnya bila baca komen Sweet Tooth..30 masih muda? Huhu.....

      Delete
  2. Happy birthday yani.. May Allah blessed u always..

    ReplyDelete
  3. happy birthday! semoga Allah melimpah rezeki yg melimpah-ruah kat yani! (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nina.....amin ya rabbal alamin....

      Delete
  4. hepi burfday...wowww kek baskin robbins. soooo tempting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot Suri.....sedap kek tu, tapi disadvantage cepat sgt cair...

      Delete
  5. Salam Yani.. hepi belated bsday.. u two make such a sweet comel couple lah. i likee.. terharu baca.. Yani moga dah buat sujud syukur kerana dpt suami yg berbudi pekerti mulia terhadap isterinya sbb suami adalah teman hidup, kalau keje dia menyakitkan hati dan buat kite rase lemas tentu teruk hidup kita jadinya. Alhamdulillah yani dpt suami yg memahami dan sentiasa nk buat isteri hepi :) moga rmhtga korg makin bahagia dari hari ke hari dan dikurniakan zuriat utk menambahkan lg kasih syg tersebutt :) kire rezeki besar jugak tu yani dapat suami penyayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...ucapan Kak Baby buat Yani terfikir sejenak. Ya, betul...dialah anugerah terbaik Yani. Baik buruk dia cermin gambaran baik buruk Yani selama ini. Dialah sumber kekuatan Yani tatkala emosi sedih dengar orang lain dah mengandung dan melahirkan.

      Delete
    2. bagusla dia kan yani, skrg dah terfikir Ya Allah zuriat bukanlah satu2nya kenikmatan yg Kau berikan kat dunia ni, bertimbun2 lg nikmat lain yg Allah bg. nikmat kesihatan, suami yg baik, keluarga yg harmoni, jiran, bos, opismate, kerja yg baik.. itu semua nikmat kan (usaha mmg usaha tp kite kena slow down sket bab nakkk jugak anak tu) kita mmg ada naluri keibuan tp antara sbb yg utama jugak ialah kita malu keadaan kita tak sama dgn org lain kan (akak la) bila fikir2 kenapa mesti aku rase pelik sgt xdpt baby lg ni sdgkan spatutnya bila dah berusaha selebihnya kena serah sepenuhnya pd Allah kan kan. **sori meluahkan perasaan plak hihi

      Delete
    3. Betul tu, Yani sokong dan setuju sangat dengan pendapat Akak tu. Kita berusaha sebab kita yakin Allah akan kurniakan apa yang kita perlukan. Kadang kala Yani terfikir "Selama ni tak bahagia ke hidup berdua yang sampai meminta2 zuriat pd Allah? Anak ke yang perlu dijadikan bukti nyata kasih sayang kami suami isteri? Atau kami perlu ada anak untuk tunjukkan kami normal macam pasangan lain?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)