18 January 2012

BR1M Di Sungai Udang

Ahad lepas ditugaskan sebagai penyelaras bersama dengan Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah untuk pengagihan bantuan rakyat 1 Malaysia di Dun Sungai Udang. Alhamdulillah, ditempatkan di dun sendiri, mudah sikit urusan nak ke tempat pengagihan.


Macam-macam ragam manusia boleh jumpa masa tu. Yang kelakarnya, warga emas yang datang boleh bersabar menunggu giliran diberikan kupon dan baucer BR1M ni dan senang terima arahan, tapi yang golongan muda macam kurang sabar, terutamanya askar muda-muda ni. Ada yang sengaja buat kecoh dan marah-marah pada petugas macam kami semasa proses pengagihan dibuat. Agak-agak sapa yang mulut lancang skit, aku sound balik pada dia minta bersabar dan jangan buat kecoh. Jumlah penduduk dalam dun Sungai Udang yang berjaya dalam batch pertama pengagihan ni hampir dua ribu orang, dan alhamdulillah semua selesai pada jam 6 petang tu juga.

2 comments:

  1. salam...just nak tnya...cmne kite nk check nama penerima BR1M nie yer? :)

    ReplyDelete
  2. noorozimah,

    ada dua cara;
    1) surat makluman permohonan kita berjaya akan sampai ke rumah sama ada by hand atau surat rasmi (selalunya by hand sebab setiap dun ada urusetia yang lancarkan proses agihan surat makluman dari rumah ke rumah sampai dapat)
    2) boleh buat semakan dengan mendail no talian hotline: 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.Talian hotline akan beroperasi setiap hari berkerja selama 2 bulan.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)