Catit di blog peribadi ini untuk rujukan masa depan.
Sabtu (15 Jun 2019), semasa ke open house staf pejabat, rasa badan anak dah dedau panas macam nak demam. Balik tu , mesej adik tanya sukatan dos ubat demam nak beri sebab belum timbang berat terkini di KK. Adik suruh guna berat masa 1 tahun, dan suruh beli ubat demam baru di farmasi sebab ubat sedia ada dah dibuka lebih sebulan, sepatutnya dah kena buang dah. Setiap 4 jam beri ubat demam secara oral, dan kerap check suhu badan guna thermometer. Sekejap turun, lagi beberapa minit nak genap 4 jam suhu naik balik. Anak dah merengek tak boleh diletak, nak dipegang sahaja.
Kebetulan Ahad (16 Jun 2019) memang dah rancang nak buat open house di rumah arwah mak untuk makan-makan staf pejabat dan kawan sekolah menengah. Masa open house, anak meragam terlepek je, aku terpaksa kejap-kejap keluar masuk menyusukan anak dan melayan tetamu datang. Sampai belah malam, demam masih turun naik suhu. Adik bongsu mesej suruh ke KK esok (isnin) untuk ambil darah sebab dah masuk 3 hari demam panas.

Isnin, demam anak masih tinggi, mesej pejabat kata ambil cuti uruskan anak. Pagi tu terus ke KK bahagian OPD, jumpa doktor. Bila ambil suhu badan, naik 38.2, terus masuk ubat bontot sebab takut demam makin naik. Bila jumpa doktor, check dlm mulut nampak gigi geraham pertama tengah keluar, so assume as demam nak tumbuh gigi la. Apa-apa pun doktor suruh datang lagi esok (Selasa) untuk ambil ujian darah pula. Selasa, kami kembali ke KK dan terus buat ujian darah di makmal. Keputusan darah; platelet dan sel darah putih menurun. Terus doktor keluarkan surat MC dan beri cuti kuarantin pada aku. Gundah gulana hati bila dapat tahu anak suspek demam denggi. Doktor bagi kad untuk datang setiap hari ke KK untuk ambil darah untuk pantau perkembangan darah putih dan platlet takut makin turun menjunam.
Hari Rabu, bangun pagi tengok-tengok satu badan anak naik ruam bintik-bintik merah bermula dari bahagian muka, turun ke badan dan di kaki. Pergi klinik, macam biasa ambil darah lagi...kali ni alhamdulillah bacaan platlet dan darah putih naik berbanding semalam tapi belum sampai tahap normal. Doktor check satu badan, dan ruled out anak bukan kena denggi tapi kena demam campak (measles). Memang 2-3 hari tu, aku baca dalam group ibu-anak, memang banyak kes demam campak sedang berlaku.
Tanya doktor, apa cara nak sembuhkan demam campak ni? Doktor kata sama je macam demam denggi; kena lebihkan air dan jangan sampai dehidrasi. Alhamdulillah la anak memang masih breastfeed, masa cuti kuarantin memang melekap 24 jam dengan mama dia menyusu sekerap mungkin sebab dia tak ada selera makan. Syukur juga, anak kena demam campak selepas terima 2 kali suntikan MMR (9 bulan dan 12 bulan) tempohari, jadi kesan demam campak yang ada agak minimum dan cepat baik. Yang bagusnya dengan KK Sungai Udang ni, kes measles terus dilaporkan pada PKD Melaka Tengah, dan pegawai berkenaan terus call dan buat siasatan apa aktiviti anak 2 minggu terdahulu sebelum dijangkiti demam campak. Nampak gayanya, jangkitan demam campk ini bermula dari raya pertama-ketiga, entah dengan anak siapalah anak kami berjangkit. Lepas ni memang akan lebih berhati-hati untuk lepaskan anak bergaul dengan kanak-kanak lain.
Hari Rabu naik ruam satu badan, alhamdulillah hari Sabtu dah clear ruam satu badan. Tapi masih duduk dalam rumah tak keluar di tempat awam. Adik bagitahu, demam campak akan merebak/ berjangkit 4 hari sebelum ruam keluar dan 4 hari selepas ruam keluar..lepas tu demam campak dah sembuh dah. Teringat masa hari Rabu ke klinik, masa tengah tunggu keputusan darah, anak meragam nak menyusu...aku pun lari la ke bilik penyusuan di KKIA, bila nak masuk ternampak ada ibu lain sedang menyusukan anak (masih dalam hari), terus tak jadi nak masuk bilik yang sama, aku fikirkan takut demam campak anak menjangkit kepada budak tu...kesian nanti.

Note : Anak kena demam campak pada usia 1 tahun 2 bulan lebih.
anak sulung saya kena demam campak umur 1 tahun. anak no 2 belum pernah kena. kalau sekali dah kena insya allah tak berulang.
ReplyDeleteYup betul tu Dr. Adik bongsu cakap demam campak kena sekali seumur hidup, tapi demam denggi boleh berulang sampai 4 kali. Kali pertama kena ok lagi, kali kedua dan seterusnya memang agak kronik, risau betul hati bila dengar adik cakap macam tu.
DeleteCepat sihat ye baby ... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sihat semula dah baby, Auntie Ros. Sekarang selera makan pun dah kembali ada. Hari-hari tackle selera makan dia. Nak kasi badan berisi semula macam sebelum demam aritu.
Delete