31 Mei 2019.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, semua!!
Ingatkan dapatlah berpuasa penuh tahun ni, tapi nampaknya tak ada rezeki walaupun sejak berdepo ni, period cycle memang haywire, which is last period adalah pada 3 April 2019 (period 1 hari). Sedang elok nak masuk minggu terakhir Ramadhan, period mai pada 20 & 21 Ramadhan (25-26 Mei 2019). Lepas tu bersih, terus sambung puasa. Sekali, semalam dan hari ni dia mai balik kurang dari seminggu period aritu (25 & 26 Ramadhan atau 30-31 Mei 2019). Tepuk dahi! Tak tahu la bila nak bersih balik ni....so, gamaknya saya berhari raya dulu la ye! 2 kali pulak tu.
Oh ye, persiapan raya tahun ni alhamdulillah lebih bersederhana dan keutamaan lebih kepada persiapan si bujang kenit. Syukur alhamdulillah, baju melayu bujang kenit ada 3 helai yang dihadiahkan oleh mak-mak sedara. 2 helai nampak besar sikit, menggeloboh si bujang pakai, kita simpan untuk raya tahun akan datang. Yang sehelai tu nampak cantik je terletak cuma part butang baju tu ada tercabut jahitan, dan dah dijahit semula pun. So, warna tema tahun ni ikut warna baju melayu bujang kenit; warna biru navy. Mamanya beli baju kurung jenis nursing wear secara dalam talian je di Aisys Mom, baju Melayu Papa pula alhamdulillah dibeli di Jakel Melaka, sama warna dengan anak bujangnya.
Satu lagi berita gembira yang aku terima di bulan Ramadhan ini adalah kejayaan conceive sahabat TTC yang dikenali dari blog peribadinya dan kini disambung ke laman FB. Alhamdulillah, aku tumpang seronok mendengar kandungannya yang hampir 8 bulan (raya dengan baby dalam perut tahun ini!). Menangis aku bila gambar dia sarat mengandung muncul di timeline FB.....syukur, Ya Allah! Semoga kandungan dan si ibu selamat sehingga saat melahirkan, amin ya rabbal alamin!
Raya tahun ini, kami beraya di rumah mertua masing-masing dahulu, akan berkumpul semula di rumah pusaka arwah Mak Abah pada raya ke-4 dan mengunjungi saudara mara seberapa banyak yang boleh sebelum semua kembali ke rumah masing-masing. Esok atau lusa, aku dan adik bongsu merancang untuk melawat pusara arwah Mak dan Abah, inshaAllah.
Yana ke sahabat TTC tu? Eyza pun rasa happy sampai menangis hari tu tgk Yana bgtau dia pregnant. Happy sangat. Doakan Eyza pulak ye. :)
ReplyDeleteYe betul...Yana, Eyza. InshaAllah, Yani pun doakan sahabat2 TTCians lain macam Eyza dan yang lain diberikan peluang merasai pengalaman berharga ini, Yani selalu jenguk blog dan FB masing-masing, mendoakan dari jauh.
Deletehappy dengar bila geng TTC berjaya pregnen..tak kenal yana ni..tapi saya doakan moga yana dipermudahkan masa bersalin nanti..aamiin..bila la nak jangkit kat kita plak ni..hehe
Delete@fieza sani : inshaAllah Fieza...kita doakan sama-sama ye. Rezeki untuk Fieza sekali tau...selamat hari raya Fieza!!
DeleteEid Mubarak!
ReplyDeleteEie Mubarak jugak untuk BnC!! Lama tak dengar khabar BnC....
DeleteAssalammualaikum. Puan, nak tanya sebab tengok rawatan TTC puan ada conseive HERBALIFE masa pengambilan ubat2 kesuburan tu boleh ke? Sebab saya pun makan HERBALIFE dan dlm masa sama buat rawatan kesuburan. Boleh ke puan kita makan Bersama tu. Perlu stop dulu ke camne? Terima kasih sudi share.
ReplyDeleteWslm Mimie, saya tak rasa makan HL ada kaitan dengan isu rawatan kesuburan. Sebab saya consume HL untuk bantu turunkan berat badan. Turun berat badan pun sebab nak bantu badan lebih bersedia untuk berada dalam keadaan sihat, inshaAllah kitaran haid lebih teratur dan mendorong kepada dpt hari "subur" untuk bersama dengan suami. Tak ada masalah untuk consume semasa buat rawatan, sebab tak ganggu pun ubat-ubat semasa proses rawatan tu.
DeleteOk terima kasih puan atas penjelasan. :)
Delete