Entri campak belakang untuk catatan peribadi.
Tahun 2017 kali pertama sertai Larian 5KM MILO Malaysia Breakfast Day Run pada 14 Mei 2017.
Tahun 2018, tak dapat sertai sebab masa larian dibuat, aku baru 4 bulan bersalin secara pembedahan. Jangan buat pasal eh...kang terburai perut dengan jahitan czer semua ni kang. Ikutkan, memang meronta-ronta hati nak join tapi sebab sedar diri badan tak sihat mana lagi, jadi kita tengok je la dari jauh.
Tahun 2019, bulan April once sesi pendaftaran secara dalam talian dibuka, sepantas kilat Mama dan Papa daftarkan diri tapi tak ambil kategori keluarga, kami masih kekalkan kategori 5KM ni juga.
Last minute preparation; hotel booking 1 hari sebelum bertolak ke Putrajaya.
Last minute preparation; hotel booking 1 hari sebelum bertolak ke Putrajaya.
Sebab hati berbolak balik sama ada nak pergi ke tidak.
Last-last booking Tan'yaa Hotel Cyberjaya sebab fikirkan ada kemudahan memasak dan pantri dalam bilik hotel. Lagi satu, kami rasa ruang bilik hotel ni sangat luas, sesuai untuk anak berlari dan bermain sana sini.
MILO Malaysia Breakfast Day 2019 Run kali ini di buat di Presint 3 berhadapan dengan bangunan MITI. Apa-apa pun berpuas hatilah dengan program larian pertama selepas sekian lama berhenti (sebelum mengandung tahun 2017 dulu). Yang sebenarnya nak bagi anak peluang merasai persediaan berlari (bangun awal pagi), bersiap nak ke tempat larian dan so on. Kesian juga sebab anak terpisat-pisat tidur terjaga bila kami tukarkan pakaiannya sebelum solat Subuh pastu bawa masuk kereta pepagi buta dan masuk dalam stroller pulak kat parkir ke tempat larian.
mst g ahad ni..sbb tgk hujan...kami g sabtu
ReplyDeleteHaah, ambil larian hari Ahad...hujan lebat gila so penganjur MILO ubah larian 5KM kepada 3KM sahaja....hehehhe....kembung perut minum air MILO puas-puas hari tu...
Deleteramai kawan2 join ni ...nampak best aktiviti riadah macam ni tapi belum berkesempatan nak join
ReplyDeleteJom la join, Ros...try daftar tahun depan ye? Mana tahu ada rezeki kita boleh beriadah sama-sama nanti? Yani inshaAllah setiap tahun nak join larian MILO ni, tapi di Putrajaya je la..tempat lain mcm jauh sgt. Hehehe..
DeleteWah berlari. Saya x larat.
ReplyDeleteHahahaha, berlari lah sangat....saya tolak stroller anak je, jalan kaki....lepas bersalin ni stamina turun merudum, makan masa nak dapat balik stamina sebelum mengandung dulu
Deletealhamdulillah, bagus program macam ni. van milo lah yg paling best sekali, sebenarnya. hehehe ^_^
ReplyDeleteFree flow air minuman Milo di lori Milo yang paling ditunggu-tunggu walaupun berlarinya tak seberapa ;)
Delete