31 Disember 2018.
Cerita 24 Disember lepas, saja catit di blog untuk peringatan peribadi. Dok bertangguh nak kemaskini kadar potongan zakat tahun 2019 yang sepatutnya dibuat pada bulan Oktober lepas. Kebetulan cuti pada 24hb, jadi ke Pusat Zakat Melaka cawangan Masjid Tanah untuk semak dan topup sekiranya potongan zakat tahun 2018 tak mencukupi. Lepas minta staf PZM semak dan kira berdasarkan gaji tahun 2018, rupanya dah terlebih bayar. Kadar potongan setahun bagi tahun 2018 adalah lebih kurang RM1350.00++, tapi lepas selaraskan dengan potongan dalam slip gaji, tahun ni dah potong zakat pendapatan sebanyak RM1,710.00.
Habis fikir, jadi aku kekalkan sahaja kadar potongan zakat pendapatan sedia ada iaitu RM150.00 sebulan untuk tahun 2019 nanti. InshaAllah masih berlebih dari kadar sepatutnya.
Satu tips yang staf PZM kongsikan untuk pahala berpanjangan untuk ahli keluarga yang sudah meninggal dunia terutamanya arwah mak ayah kita...setiap bulan bayar fidyah dengan membeli makanan seperti beras, gula dan lain-lain dan hantar ke rumah orang fakir miskin atau di rumah anak yatim. Masa serahkan tu, nyatakan kita nak bayar fidyah untuk arwah mak ayah, sebutkan nama penuh mereka dan minta doakan mereka. InsahAllah...aku akan cuba buat yang terbaik untuk bekalan arwah mak dan Abah di sana selagi Allah izinkan.
Alhamdulillah :)
ReplyDeleteapa dia haul utk byr zakat pendapatan? so far saya cuma byr cukai pendapatan je ni..
ReplyDeleteNISAB DAN HAUL ZAKAT PENDAPATAN
DeleteNisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.
Pakar-pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan. ?Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak mensyaratkan haul ke atas zakat pendapatan gaji adalah atas beberapa faktor.
Mengecualikan syarat haul dalam zakat pendapatan lebih bertepatan dengan konsep keadilan. Ini kerana dengan mengenakan syarat haul, bermakna sistem zakat memberi kesempatan kepada orang-orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang berbaki dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun dibebankan dengan zakat. Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.
Pada masa yang sama tidak mensyaratkan haul lebih meraikan maslahat umat Islam kerana setiap orang kaya akan menanggung keperluan ekonomi masyarakat.