05 December 2018

Perkembangan Menjelang Usia 8 Bulan

5 Disember 2018.

Esok Adam akan menginjak usia 8 bulan, syukur Alhamdulillah! Hari-hari ada sahaja benda baharu / skil baharu yang ditunjukkan anak bujang kenit ni. Seawal usia 7 bulan, gigi atas belah kiri no. 3 dah mula keluar, selang beberapa hari gigi no. 4 belah kanan pula muncul. Mama Adam dah mula tak keruan dengan gigi atas dan bawah ni. Kalau menyusu, di hujung-hujung sesi bila Adam dalam fasa nak deep sleep, dia akan tanpa sengaja mengeselkan kedua-dua belah gigi atas dan bawah di breast mama dia, tersentap terus cepat-cepat tarik keluar. Huhuhu....ngilu dan sakit!

Dari mengensot laju, sekarang alhamdulillah dah merangkak dan mula memanjat sana dan sini. Tinggi mana pun kubu bantal yang Papanya buat, pasti Adam dapat lepasi. Hehehehe....kita ni dok la berjaga-jaga takut dia tersungkam jatuh. 1st time jatih katil dulu masa umur 6 bulan, yang kedua minggu lepas masa usia 7 bulan. Memang mengucap panjang Mama dia ni, dah puas letak dia di tengah-tengah katil sementara nak pasang aircond, dia bergolek juga nak bergerak..mula-mula sempat tahan, letak semula dia di tengah-tengah katil...dalam nak pusing nak pegang remote aircond sekali bedebup! dia bergolek terjatuh atas karpet atas lantai tepi katil, kepala cecah dulu...Ya Allah!! Apa lagi melalak la dia ditambah pula terkejut dengar suara Mama dia melaung terkuat. Teresak-esak menangis....tak sampai 10 minit, dok bergelak ketawa pula masa kita bawa ke bilik air nak lap muka dia yang penuh dengan kesan air mata tu. Alahai anakkkk....

Pesen menyusu pun dah pelbagai, kebiasaanya menyusu sambil baring di riba atau menyusu sambil baring atas katil. Sekarang ni, asalkan boleh je dia menyusu. Mama dia ni dia buat macam RnR dan Touch N Go je.. kejap menonggeng, kejap melekat tepi badan. Cukup la Mama gerun kalau dia menyusu gaya tu, man tarik dan lepas je breast Mama ni, terkujat-kujat dibuatnya.

Alhamdulillah sehingga saat ini masih diizinkan-Nya untuk menyusukan badan. Masa awal-awal Adam nak tumbuh gigi atas (awal usia 7 bulan), Mama Adam agak panik juga bila tiba-tiba Adam reject menyusu menggunakan botol susu, meronta-ronta tak nak minum. Kesannya, milk intake Adam sehari berkurangan tak sampai 14oz waktu siang masa Mama bekerja. Sampai tahap Mama Adam tawakal je bagi susu pada Adam menggunakan syringe. Nak pula dia minum! Tapi lambat la nak habiskan susu 2oz per sesi tu bila guna syringe. Selang beberapa hari barulah Adam OK balik menyusu dengan botol susu sampai sekarang. Alhamdulillah. Mungkin dia rasa tak selesa / sakit gusi bila gigi baru nak keluar, tak reti nak ekspresikan rasa sakit tu pada Mama & Papa dia.

2 comments:

  1. haha..memacam adam..bertabah la mama dia menahan pesen bf adam yg macam2 style tu...mmg selalu gak dgr, mak2 paling seriau anak dah ada gigi yg menyusu badan..jadi mangsa test je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takut sangat Fieza, trauma pun ada. Kadang bila dia gigit, tersentak terkejut menjerit dibuatnya.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)