08 November 2018

Perkembangan Usia 7 Bulan

8 November 2018.

Sudah usia 7 bulan 2 hari hari ini anak Mama & Papa. Beberapa hari lepas menginjak usia 6 bulan, gigi pertama Adam keluar lepas tu selang beberapa hari lagi gigi kedua pula keluar. Sekarang dua batang gigi ni dah jelas kelihatan setiap kali Adam tersengih diagah dan bila membebel butir kata yang Mama & Papa tak faham. Alhamdulillah setakat hari ini, Adam tak menolak makanan, semua dia makan bila Mama suapkan.

Skill terbaharu Adam beberapa hari sebelum masuk usia 7 bulan; mengensot dengan lajunya! Hahaha...mula perasan dia force diri dia untuk maju ke depan untuk capai mainan. Owh, by the way..Adam mula belajar mengensot arah ke belakang dulu, bukan ke depan. Lama-lama baru dia belajar mengensot ke depan tapi tak jauh mana pun. Lately ni je yang baru nampak progress dia mengensot ke hadapan dengan bantuan kaki dia menolak lantai; boleh tahan laju juga...hehehehe! Sekarang playground Adam terpaksa diperluaskan lagi sebab nak bagi dia ruang yang luas untuk dia belajar bergerak. Papa dia punya idea; letak benteng bantal!

Ada cerita di sebalik stroller warna biru jeans ni. Ni stroller kedua Adam, beli pada cuti Hari Deepavali kelmarin (6 November 2018). Masa beli stroller brand yang sama kali pertama dulu, kami beli pada 14 Mei 2018, kejap je hayat stroller pertama jenis Mickey Mouse...Sabtu lepas baru perasan stroller yang letak dalam bonet kereta dah kena curi! Hurm, malas nak cerita bab ni..buat sakit hati je, terpaksa juga beli stroller lain sebab senang nak bawa Adam keluar nanti.

2 comments:

  1. melasak dah sibujang ye..cept tumbuh gg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punye lasak sampai dh masuk bawah meja pastu melalak sendiri...gigi atas dh nampak nk keluar masuk 7 bulan 2 minggu ni....mama is takut!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)