15 March 2017

77.9KG : Naik Dan Turun


15 Mac 2017

Awal bulan Mac, sibuk sangat dengan lawatan rasmi Agong ke Melaka, kelam-kabut jadinya hidup sepanjang minggu tu. Bukanlah makan tak terjaga, tapi carca-marba jugalah gamaknya. Akibatnya, Isnin minggu lepas naik penimbang dan berat badan meningkat dari 78.0KG ke angka 79.5KG....aduhhh!! Stress dibuatnya. Terus rasa insaf dan kembali ke mode eat clean selama seminggu. Takde la eat clean sangat pun, ada juga cheatmeal especially waktu makan malam.

Pagi tadi, sebelum ke bengkel di luar Melaka, timbang semula berat badan. Alhamdulillah, dari 79.5KG berat turun ke 77.9KG. Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah! Ni bengkel 3 hari di hotel Lexis Port Dickson, harap-haraplah semangat berdiet sihat tak tergugat dengan sesi makan 6 kali sehari. Tengok buku program tadi, lengkap semua sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga minum malam...hoi!! Ni bengkel makan minum ke bengkel belajar MS ISO? Huhuhu.....

InshaAllah untuk sesi minum pagi dan minum petang, aku dah standby bawa bekal buah epal hijau untuk ganti sebagai snacking. Jadual petang pun takdelah berapa padat, jadi aku standby bawa baju renang untuk berendam di swimming pool sejam dua. Semoga ada penurunan berat badan lagi dalam tempoh dua minggu lagi menjelang penghujung bulan Mac ini. Amin ya rabbal alamin!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)