20 March 2017

10KM The Running Diva Malaysia : Power Of Love

20 Mac 2017.

Ahad lepas kami suami isteri menyertai larian The Running Diva Malaysia : Power Of Love (10KM Diva Run) bertempat di Heriot-Watt University Malaysia, Putrajaya. Alhamdulillah akhirnya berganjak dari zon selesa 5KM - 7KM ke satu lagi pencapaian peribadi dalam aktiviti larian iaitu berlari 10KM dalam normal run. Macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Tepuk bahu sendiri, boleh rupanya cabar diri untuk keluar dari comfort zone!

Malam Sabtu kami bergerak ke Putrajaya dan terus ke Dengkil, aku dah siap-siap tempah bilik hotel bajet (COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya) di Dengkil di mana ia adalah hotel bajet yang sama kami duduk masa event The Running Diva Malaysia Pinktober 2016 pada bulan Oktober tahun lepas. Memang selesa dan kadar harga yang berpatutan (RM99/malam).






Masa pelepasan kategori 10KM Diva Run adalah pada jam 7.00 pagi. Kami bernasib baik sebab sempat sampai awal di perkarangan Heriot-Watt University sebab selang beberapa minit jalan raya dah mula sesak dengan kenderaan yang mencari parkir. Dapat warming up sekejap lepas tu terus berkumpul di starting line (kami pilih untuk berada di hadapan sekali untuk elakkan bersesak-sesak dengan orang belakang). Alhamdulillah dapat selesaikan larian sejauh 10.5KM dalam tempoh 1 jam 45 minit dengan suami. 


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)