05 February 2017

4KM Pertama & WLC Februari 2017


05 Februari 2017.

Jogging dan brisk walk pagi ni dengan laluan baru dengan suami. Dapatlah buat 4KM pagi ni, bolehlah daripada tak buat apa. Sampai rumah, lepak breakfast minum shake Herbalife dan mengemas bilik tidur. Lepas tu, sambil-sambil browse FB, terjumpa satu dance cardio workout yang nampak menarik. Cuba buat 4 set, alhamdulillah mencurah-curah peluh dibuatnya.

Alahai, rindu dah dengan segala macam zumba dan power walk workout. Online group coaching via whatsapp untuk bulan Februari akan bermula esok (6 Februari 2017), coach ada inform kemungkinan bulan kedua berdiet akan ada dugaan berat badan statik atau penurunan berat agak perlahan. Itu benda normal. Jadi, aku rasa bulan ini kena pertingkatkan usaha bersenam untuk support usaha lose weight bulan Februari ni. Dah boleh la cari balik pendrive yang simpan video-video zumba dan powerwalk. Chaiyok!!

Minggu depan jabatan aku ada family day di Port Dickson, so nak cuba jogging area tepi pantai inshaAllah. Lepas tu minggu seterusnya kami suami isteri ada join actual run pertama untuk bulan Februari iaitu 5KM Melaka Balloon Run 2017 di Banda Hilir.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)