1 Februari 2017.
Allahuakhbar!
Sekejap je dah masuk bulan Februari 2017. Impian tinggal impian untuk relaks-relaks di awal tahun ni, kononnya projek belum mula. Tapi, kerja-kerja untuk program rasmi State melimpah ruah masuk sampai meeting back-to-back sepanjang minggu lepas.
Berkesempatan beli tiga buah buku di atas selepas iklan promosi buku-buku ini melintas di news feed FB aku minggu lepas beberapa hari sebelum CNY. Memang tak lepaskan peluang keemasan la sebab buku-buku ini memang aku dah aim untuk beli dan baca. Buku kedua dan ketiga hasil tulisan Tuan Azizul Azli Ahmad yang aku beli khusus untuk timba ilmu kewangan dan hartanah; buku Mudahnya Beli Rumah dan buku Q&A Rumah Pertama Kita. Hartanah? Yup, kami suami isteri dah merancang untuk beli rumah pertama kami dalam masa terdekat; bukan untuk dijadikan rumah kediaman tapi lebih kepada pelaburan jangka masa panjang.
Buku 21 Hari Cabaran Untuk Kurus oleh Saudara Aizat Razak ni aku beli untuk dijadikan rujukan dan bahan bacaan tambahan dalam usaha nak menurunkan berat badan dan juga untuk belajar resepi menu sihat sepanjang berdiet supaya tak jemu dengan menu yang sama setiap hari.
wow..caiyok yani...siap beli buku menu diet tu, salute...
ReplyDeletekebetulan melintas kat news feed FB Yani, pulak tu memang mancari menu diet sihat sekarang ni.....Fieza, recommended tau buku ni!
Delete