30 April 2016

Berbekam Untuk Kesuburan


30 April 2016.

Lepas prosedur IUI pertama tidak berjaya, aku pujuk suami untuk buat rawatan bekam. Kebetulan awal bulan April aritu (sebelum prosedur IUI) aku ada ternampak iklan rawatan bekam oleh Al-Hijamah Melaka di dalam FB sponsered adverts. Ikutkan dari dulu lagi aku mencari rawatan akupuntur untuk tujuan kesuburan, tapi sampai sekarang masih belum temui. Kalau boleh aku nak cari rawatan akupuntur di sekitar Melaka dahulu, sebelum last choice ke pusat rawatan akupuntur luar dari negeri Melaka. Rezeki aku, terjumpa iklan rawatan bekam tu agaknya.

Masa baca testimonial rawatan Bekam Al-Hijamah Melaka ni, aku ternampak ada testimonial seseorang yang berjaya mengandung selepas dua kali berbekam (usia perkahwinan masuk 4 tahun). Nak kata orang tu berjaya mengandung semata-mata sebab berbekam, wallahualam la. Mungkin salah satu penyebab dia berjaya mengandung.


Memandangkan aku pernah bertanya soalan kepada pemilik Al-Hijamah Melaka tentang sama ada boleh atau tidak berbekam masa haid dan waktu subur, dan jawapannya kedua-dua tempoh itu adalah sesuai untuk berbekam, jadi hari Jumaat (22 April 2016) tu aku whatsapp En. Azizi untuk set appointment bagi kami berdua suami isteri.

Kami dapat pilih hari Sabtu (23 April 2016 - hari kedua period) untuk berbekam pada jam 5.00 petang. Alhamdulillah, Encik Azizi ajak suami berbekam dahulu dan aku masuk sama untuk lihat proses berbekam yang dijalankan. Kami berdua suami isteri sama-sama belum pernah ada pengalaman berbekam, jadi perasaan gementar tu memang ada. Alhamdulillah En Azizi yang peramah berbual, jadi kurang sedikitlah rasa takut tu.

Lepas suami selesai berbekam, isteri En. Azizi pula masuk untuk giliran aku berbekam. Suami pun boleh tengok sama. Keseluruhan cups berbekam untuk suami adalah 30 cups dan aku sebanyak 22 cups. Banyakkan? Huhuhuhu....Untuk part aku, aku berbekam sampai atas kepala, jadi kena cukur sedikit rambut untuk memudahkan berbekam. 

Apa rasa lepas berbekam?

Alhamdulillah bagi diri aku sendiri, badan rasa lebih ringan dan bertenaga. Masa berbekam di bahagian belakang betis, isteri En Azizi ada tanya, aku kerja jenis duduk kat kerusi kat pejabat ke? Aku kata ye, jadi betullah sangkaan isteri En. Azizi tu berdasarkan cara bekamnya itu.

Rawatan bekam ni digalakkan dibuat sekali dalam sebulan, jadi inshaAllah kalau ada rezeki bulan Mei, kami suami isteri nak ulang buat rawatan bekam lagi.

6 comments:

  1. teringin nak try, tapi belum lagi berkesempatan...banyak nak masuk list 'nak cuba' nih... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita TTCians ni boleh jadikan amalan berbekam sebagai salah satu usaha untuk conceive ....tapi memang ada logika kenapa disarankan sebulan sekali buat berbekam ni...makan seminggu nak hilangkan bekas lebam berbekam...huhuhuhu! Dah macam polkadot toy bergerak je badan kami suami isteri ni...

      Delete
  2. Yana pernah berbekam dulu.. geli ade seram ade tgk darah yg kuar..huhu..lepas tu xde dah berbekam... memang badan rasa ringan kan berbekam...camana kira harga bekam dia tu yani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali rawatan satu badan cuma RM100 (unlimited cups) dan mengambil masa 1 jam per sesi. Jadi kalau buat suami isteri, bayarannya adalah sebanyak RM200. Satu lagi, kalau untuk berbekam bagintujuan kesuburan suami isteri, ada hari-hari tertentu sahaja (jumaat, sabtu dan ahad sahaja).

      Bulan Mei ni inshaAllah Yani suami isteri nak ulang buat rawatan bekam ni.

      Delete
  3. Saya pernah try dlm 5 kali,utk tujuan kesuburan,dkt durian tunggal.tahun ni je x sempat bekam..t boleh try tmpt yani ckp tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..dekat durian tunggal pun ada tmpt rawatan berbekam ye? Ok tak tempat tu Iman? Dia guna apa? Jarum atau sayatan pisau? Yang di Al-Hijamah ni guna sayatan pisau...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)