29 April 2016

IUI : 14DPIUI Dan Keputusannya

Throwback : 29 April 2016.

14DPIUI - Hari yang dinanti-nantikan. Simptom cramp masih ada terasa.

Masa 13DPIUI ada berwhastapp dengan Dr tanya kalau esok masih belum period, nak buat ujian kehamilan UPT di rumah dahulu atau terus ke klinik buat beta HCG (ujian darah). Doktor suruh buat ujian UPT di rumah dahulu lepas tu maklumkan pada dia.

Kalau tanya apa perasaan aku masa tu? Lebih 90% perasaan aku adalah; redha dan tawakal.

Hari Khamis tu, lepas solat masa baca doa aku dah meleleh airmata tepi suami. Aku minta maaf pada dia kalau-kalau keputusan IUI tak menyebelahi kami berdua. Suami tetap dengan mood positifnya, dan kata tak kisah kalau IUI pertama ini tidak berjaya. Masih boleh usaha lagi katanya. Lepas tu, aku sambung duduk baca Al-Fatihah dan Yasin untuk disedekahkan pada arwah ahli keluarga, diri sendiri dan rahim aku. Entah lah, rasa sayu sangat masa tu. 

Masa tu terdetik dalam hati, Aku redha Ya Allah dengan apa jua keputusan esok hari. Apa pun yang aku usahakan, doa, sedekah, solat sunat dan nazar; semuanya berbalik kepada keredhaanNya. Kalau Allah SWT kata ada, adalah. Kalau belum ada rezeki, aku mohon sangat pada Allah SWT, kurniakanlah ketabahan dan ketenangan hati kepada kami berdua suami isteri. Jangan biarkan aku dengan teka-teki, dan kembalikanlah semangat aku untuk berTTC dengan segera.

Satu lagi; aku mohon agar period turun dan period cycle kembali normal.

Amin.

Jam 4.00 pagi, aku bangun nak buang air dan solat sunat tahajjud dan taubat macam biasa. Masa lap bahagian bawah aku tengok ada secalit besar darah. Aku terdiam. Aku tak kejutkan pun suami. Aku sambung balik tidur.

Waktu Subuh, aku kejutkan suami untuk bangun solat Subuh. Masa ambil wuduk, aku colet sekali lagi bahagian bawah; darah yang lebih banyak dan lebih pekat. Suami nampak. Sama-sama terdiam. Aku suruh suami teruskan solat Subuh, sementara aku baring balik lelapkan mata, melayankan period cramp dan senak perut.

Positive side apart of IUI pertama yang tidak berjaya ini;

1) Aku tak menangis langsung pagi 14DPIUI tu. Seakan ada suatu perasaan lega.

2) Doa aku mlm tadi dimakbulkan; aku minta datangkan period cepat-cepat kalau takde rezeki...pukul 4 pagi Allah SWT hantar.

3) Period cycle aku jd pendek balik; dari 53 hari ke 27 hari. Alhamdulillah.

4) Start dari hari prosedur IUI sampai tempoh 2 minggu ni, kebergantungan aku pada Allah paling tinggi; doa, zikir, selawat, yasin, solat sunat tahajjud + taubat + sunat fajar setiap hari.

Nikmat Allah SWT apa lagi aku nak dustakan?  

12 comments:

  1. is okey,dear..try lagi..jangan sedey2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, dah genap seminggu dari 1st IUI...takde sedih pun sebenarnya. :)

      Delete
  2. There is always reason behind everything that Allah has planner for us kan... InsyaAllah, smg Allah berikan rezeki yg terbaik utk yani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...amin ya rabbal alamin ST, TQ sebab beri moral support sepanjang proses IUI Yani...

      Delete
  3. Setiap yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita. Insya Allah rezeki itu akan datang tepat pada waktunya. Jgn putus asa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, perjuangan baru je bermula CPT...belum terdetik perasaan putus asa lagi buat kami suami isteri...

      Delete
  4. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Insyaallah, one day ada rezeki Kita semua. Ur strong dear.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. InshaAllah...tolong doakan rezeki zuriat kami sampai ye? Amin ya rabbal alamin...

      Delete
  6. Ujian ni buat kita makin dekat dengan Allah.
    Akak akan sentiasa doakan Yani dan suami.. InsyaAllah masanya akan tiba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KekDa.....inshaAllah, terus doakan kami ye Kak!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)