4 Mei 2016.
Awal bulan Mac tempohari sepantas kilat submit borang online E-Filling LHDN untuk taksiran tahun 2015. Alhamdulillah pertengahan bulan April 2016, bayaran balik cukai terlebih bayar dimasukkan semula dalam akaun Maybank. Walaupun tak banyak mana, alhamdulillah rezeki untuk diri. Bagi mengelakkan gelap mata tengok macam-macam duit masuk dalam akaun (selain bayaran balik dari LHDN ni, bulan April pun aku terima bayaran dari Nuffnang sebanyak RM100.18 dan duit tuntutan perjalanan RM229.20), aku cepat-cepat tukar duit RM97.30 tu kepada emas fizikal - Goldbar 1g. Tambah sedikit duit gaji, alhamdulillah terus beli pada stokis.
Harga semasa emas 26 April 2016
Jumaat lepas (29 April 2016), emas fizikal 1g Goldbar sampai di pejabat.
Masih berusaha menambah 2 keping 1g goldbar, nak cukupkan 5 keping...ada rezeki, nak tukar dengan stokis menjadi sekeping 5g goldbar. InshaAllah, amin!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)