6 Ogos 2015 - Berbuka puasa sunat (Hari 1)
Kebetulan ada jemputan rumah terbuka kawan satu pejabat lepas maghrib, balik rumah dulu dan alas perut berbuka dengan mee bandung. Belikan suami bee hoon goreng telur mata.
Lepas maghrib gerak ke rumah kawan. Lupa pula nak snap gambar menu rumah terbuka; alhamdulillah merasa mee kari, nasi goreng cili padi, kuih muih dan lain-lain lagi. Bergambar dengan kawan-kawan yang lain.
7 Ogos 2015 - Berbuka puasa sunat (Hari 2)
Alhamdulillah sekali lagi dijemput ke jamuan hari raya Jabatan Pendidikan Negeri Melaka; tempat kerja kakak aku. Jumpa balik ketupat rendang, lemang, char kuew tiau penang, cendol, jambu asam boi dan cendol.
8 Ogos 2015 - Berbuka puasa sunat (Hari 3)
Kali ini berbuka puasa di rumah sahaja, berkesempatan masak lauk untuk berbuka. Aku masak lauk gulai ayam kentang, sayur bayam tumis air, tempe goreng. Side menu adalah buah anggur hijau dan kurma.
9 Ogos 2015 - Berbuka puasa sunat (Hari 4)
Suami request spaghetti untuk makan tengahari, jadi masak lebih untuk berbuka puasa sekali. Senang cerita, dah lewat petang minta suami belikan apam balik, sekali tengok siap tambah goreng pisang dan char kuew. Side menu; anggur dan buah kurma.
10 Ogos 2015 - Berbuka puasa sunat (Hari 5)
Berbuka puasa di Restoren Terapung Klasik, Sungai Putat dengan suami. Pilih nasi goreng cili padi, bee hoon goreng, sotong goreng tepung dan telur mata. Air tembikai laici dan air teh o ais laici.
best yani dah settle wajib n sunat :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah! Hari ni baru beraya dengan ertikata sebenar..... ;)
Delete