09 August 2015

Bercastor Oil Pack Lepas Rehat 2 Bulan


10 Ogos 2015.

CD10 malam tadi, baru nak start buat castor oil pack kembali. Lama dah tinggal, ingat-ingat lupa mana letak alat-alat nak buat castor oil pack ni. Hohoho...lebih dua bulan kain lampin bekas perapan castor oil beku dalam freezer. Jangka hayat dia 6 bulan, pastu dah boleh lecut dalam tong sampah gamaknya. Hot and cold pack tergantung kat ampaian dalam bilik mandi. Nasib baik tak dibuang time raya aritu.



9.40 malam start buat castor oil pack, suami dah siap-siap rebus air untuk rendamkan hot and cold pack tu. Dekat 1 jam lebih juga la dok berbaring sambil buat benda alah ni. Berdenyut-denyut abdomen bila minyak ni mula meresap dalam kulit, ditambah dengan suhu panas dari hot and cold pek tu.


Elok 10 minit berbaring, ada plak yang menyebok meneman landing kat kaki. Hahaha....heboh la Charlie (Abang Sado) ni! Orang nak tengok tv, dia pun sama nak tengok...macam la faham tgk tv tu?


Nampak tak? Nampak tak? Sampai 4 ekor landing siap tidur berimpit kat celah kaki....Budak-budak ni bukan apa, dari minggu raya aritu terabai, jarang dapat luangkan masa dengan diorunk. Balik kerja dah malam, kasi makan kejap pastu kurung balik kat dapur belakang. Pagi suami uruskan bagi makan, aku memang tak sempat nak jenguk muka. Hujung minggu ni la baru dapat keluarkan diorunk kasi lepas dalam rumah. Tu yang kemain berkepit minta perhatian.

8 comments:

  1. Ya Allah hai..manjanya kekucing ni seme.. best betul tgk.. tgk je le.. nak bela tak buleh.. huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehu...kucing2 ni semua sumber terapi emosi untuk Yani dan suami, KekDa..
      Kawan lawan gaduh berbual time kat dapur.

      Delete
  2. hahaha...comei he kucing2 yani ni... manja betui!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai naik kejung kaki tak boleh bergerak dibuatnya sebab masing-masing tidur kat celah kelengkang Yani. Dah bagi hint nak bangun pun diorunk buat bodo je, sambung tidur....haish! Sekor-sekor badan bukan ringan, padu....

      Delete
  3. Suke buat castor pack ni..angin semua keluar..rase darah berjln lncar je lps tu...amboii amik kesempatan landing2 situ plak diorg ni hehe..comel2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah la Asma'...baru perasan, hari ni sepanjang hari keluar angin satu badan, lepas buat castor oil pack malam tadi.

      Diorunk ni manja2 Asma'...jenis tak keluar rumah. Jadi rapat sangat dengan Yani dan suami. Kot ada orang luar, memang penyegan masing-masing.

      Delete
  4. seronoknya kucing2 tu landing..

    Saya tak start lagi castor oil pack sejak lepas IUI haritu... entah kain lampin dalam peti ais tu dah bau durian kot. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...seronok memang seronok Zarith, panas je kaki bila diorunk hempap tidur. Hihi..kain lampin yang Yani simpan tu dh keras kejung 2 bulan x keluar-keluar dari fridge. Nasib tak de bau daging/ayam melekat..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)