12 August 2015

Kembali Kepada Asal

Jemput makan semua!  ;-)

12 Ogos 2015.

Selesai berpuasa sunat dan ganti di bulan Syawal yang berbaki beberapa hari ni, moh ler kita kembali kepada realiti kehidupan yang nyata.

Dilema berat badan naik bagai dipam-pam.

All this while, aku mengaku aku banyak menyalahkan faktor luaran yang berada disekeliling aku penyebab berat badan aku naik. Contohnya; aku selalu salahkan suami sendiri. Aku selalu mengomel (lebih kepada merungut) baju aku semua ketat sebab dia tak ikut sama berdiet dengan aku. Bila memasak untuk dia, aku kena makan sama-sama dengan dia. Satu lagi, akibat kekangan waktu, aku kurang bersenam. Bila suami balik kerja lewat dan kadang kala hujung minggu bekerja, jadi tak dapat temankan aku bersenam.

Ok, stop menyalahkan orang lain. Salah diri sendiri. Jaga pemakanan dan bersenam tu bukan depend pada orang lain, diri sendiri boleh buat. Cukup-cukuplah menyalahkan, dan cari jalan penyelesaian.

Ni aku senaraikan apa yang perlu diubah dalam kitaran hidup seharian aku:

1. Jaga balik pemakanan dan elakkan junk food. Better option, masak lauk sendiri untuk makan tengahari suami isteri.
2. Stok air sehari paling kurang 4-5 liter.
3. Bersenam paling kurang 3 - 5 kali seminggu. Buat kardio dan angkat berat. Jogging semula macam dulu.
4. Selitkan sekali, alang-alang nak jaga pemakanan...nak perbanyakkan makanan yang membantu usaha TTC (macam buah avocado dalam gambar di atas tu).
5. Mulakan semula minum air detoks (lemon + teamix). 
6. Nak cari sport bra yang baru. Kasut running dan training yang baru, kasi naikkan kembali bersenam.



Jumpa dalam FB Page Health.Com 5 langkah senaman pembakar lemak tanpa menggunakan apa-apa alatan sukan. Memang nak cuba selitkan setiap kali bersenam nanti. Ok, tak sabar nak buat balik powerwalk dan zumba. Nak tiup-tiup habuk kat dumbell dalam almari tv kat ruang tamu tu.






2 comments:

  1. huhuhu...bila la i nk start balik watch my weight ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sebab dah banyak baju yang ketat metat, tu yang mengelabah tu...kalau tak, memang tak sedar-sedar diri badan dah naik balik...kih kih kih

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)