06 August 2015

Puasa Sunat Syawal 2015M/1436H


6 Ogos 2015.

Bersamaan 21 Syawal hari ini baru berkesempatan melaksanakan puasa sunat Syawal. Ingatkan banyak masa lagi...bila belek-belek kalender kat meja pejabat petang semalam, terus gelabah! Sempat ke? Bulan Syawal bakal berakhir pada hari Sabtu minggu satu lagi (15 Ogos 2015). InshaAllah akan buat puasa sunat Syawal straight Khamis hingga Selasa minggu depan. Oh ye, dah minta izin dengan suami semalam untuk sambung buat puasa sunat Syawal.

Mandi wajib malam tadi, alhamdulillah diberi peluang bangun tengah malam dan buat solat sunat tahajjud dan taubat, kemudian lelap mata sekejap sebelum bangun bersahur seorang diri. Menu bersahur yang cukup ringkas dan mudah; air bancuhan teamix dan aloe, shake Herbalife, kurma dan buah-buahan.

Hurm, disebabkan bulan Ogos ni dah bertukar waktu masuk kerja WB3 (8.30 pagi - 5.30 petang), the idea of memasak lauk berbuka tu boleh dianggap "optional" sahaja la ye. Ikut mana sempat sebab balik kerja dah agak lewat, dengan jammednyer. Kalau tak sempat, tunggu je la suami balik kerja, saing sekali pergi berbuka di luar.

6 comments:

  1. Replies
    1. Sama-sama KekDa ! :)
      Chaiyok, chaiyok untuk diri sendiri...huhuhu~

      Delete
  2. 5.30 pg yani? ptg kot eh :-)
    alhamdulillah...i dh abis posa sunat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh? Hahahha....typing error laaa...8.30 pagi- 5.30 ptg....Alhamdulillah...situasi kita lain-lain tapi inshaAllah semua dapat diselesaikan just nice on time.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)