07 August 2015

Supplemen TTC : Fish Oil

7 Ogos 2015.

Tambah lagi koleksi supplemen TTC kami suami isteri hari ini, jangan ditanya berapa biji pil / supplemen yang kami telan setiap hari. Banyaaaakkk sangat.

Hasil google sehari dua ni, banyak jumpa usaha kawan-kawan TTC lain yang amalkan fish oil (minyak ikan) untuk tujuan kesuburan dan kehamilan. Aku dah lupa dah bila last aku makan supplemen fish oil dulu, lama dah kot...itu pun masa makan supplemen epo + fish oil.


Jumpa ada blog someone yang buat perbandingan isi kandungan omega 3 antara beberapa jenama di pasaran, jadi based pada rebiu tu, aku pilih nak cuba ambil produk Shaklee OmegaGuard. Ada kakak kandung yang jadi ahli Shaklee, mudah sikit nak beli. Masa bersahur pagi tadi bank-in, tengahari ni dah dapat stok.

Owh, selain daripada perbandingan dari segi isi kandungan dan manfaat fish oil ni, aku juga ambil kira dari segi faktor kewangan dan tempoh bertahan makan supplemen ni. Hehe...everything nak kena cut-cost zaman ni.

8 comments:

  1. masa lepas laps doc hamid bagi fish oil ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke KekDa....so mcm mana penerimaan badan lepas makan fish oil? Ok tak? Sekarang continuously consume ke?

      Delete
  2. Replies
    1. Tak pasti lagi...belum bukak seal botol pun lagi. ;p
      InshaAllah akan rebiu once dah sebulan dua makan...

      Delete
  3. Rasanya tiap tiap hari adalah sy telan 11 biji pil pil ni. Hehehehe.

    Saya makan fish oil brand pristin... so far so good...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani kira-kira balik tadi, pagi telan 9 biji pil dan malam 5 biji...total 14 biji. Teringat arwah mak dulu 3 kali sehari dekat berbelas biji ubat kena telan utk penyakit 3 serangkai tu; diabetes, darah tinggi dan buah pinggang...Allahuakhbar, sedihnya.

      Delete
  4. sy pun consume fish oil masa ttc..cuma bkn shaklee..jenuh dok telan hari2..vit D,fish oil,VCO,epal cider,vitC....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy to be, Yani pun muak telan banyak ubat skrg ni tapi nak buat macam mana? Resam orang tak sihat..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)