05 August 2015

Persediaan Usaha TTC Ogos 2015

5 Ogos 2015.

Cantik perancangan Allah SWT. Selesai berpuasa qadha pada 29 Julai 2015 tempohari, Alhamdulillah period turun pada 31 Julai 2015. Hari ini genap 6 hari period, inshaAllah dah boleh mandi wajib.

Persediaan bagi usaha TTC kitaran kali ini;

a) Pemakanan supplemen TTC secara konsisten untuk suami isteri
- untuk aku : surbex zinc, multivitamin & minerals, asid folik, vitamin c asid free, minyak habbatus sauda dan minyak zaitun
- untuk suami : surbex zinc, multivitamin & minerals, calcium & magnesium plus, minyak habbatus sauda dan minyak zaitun

b) Buat aktiviti beriadah dan diet bersama
- honestly, berat badan aku makin bertambah. Memang agak stress. Takpelah pujuk hati dan beri semangat pada diri sendiri untuk kembali berusaha berdiet sihat.
- sejak sebelum puasa, aktiviti beriadah aku dah stop sepenuhnya. Sedang kutip semula semangat bersenam untuk keluarkan peluh.
- inshaAllah nak perbanyakkan amalan puasa sunat Isnin & Khamis

c)  Amalan ibadah
- bermula semasa bulan Ramadhan tempohari, aku berusaha buat solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. Allahuakhbar...seronok rupanya bangun bertahajjud di tengah malam. Terjaga di tengah malam dengan sendiri dan terus buat solat sunat. 
- Sedang berusaha agar istiqamah bertahajjud setiap malam selepas bulan Ramadhan.
- Juga sedang berusaha agar istiqamah bersedekah dan berwakaf

d) Pemakanan untuk kesuburan
- dah readykan bekalan buah avocado, untuk makan macam tu je (sedap pula tekak bila makan cara begini) atau bancuh dalam shake.
- stok sedia ada buah badam dalam fridge untuk buat campuran susu badam + madu + kurma. Minum suami isteri sekerap yang boleh.

e) Persediaan usaha meningkatkan faktor kesuburan
- buat castor oil pack : last buat 2 bulan lepas (2 Jun 2015) aritu. Sepanjang bulan Ramadhan tak buat. Haish...rugi, kan? Dok keras kejung kain lampin dalam freezer dah. InshaAllah, nak mula balik buat castor oil pack sehari dua ni sampai jumpa ovulation day, baru stop buat castor oil pack.
- stok OPK : baru je order stok OPK dengan member TTC. 

P/s : Ada rezeki, inshaAllah nak sambung buat puasa sunat Syawal (puasa 6) sehari dua ini, apa-apa pun nak minta keizinan dari suami dulu. Aku tak tahulah orang lain, tapi berdasarkan pengalaman peribadi aku....aku lebih tenang dan tidak mudah marah sepanjang berpuasa. Syukur, alhamdulillah....

14 comments:

  1. Semoga Allah makbulkan doa2 Yani untuk memperolehi zuriat yang soleh dan solehah tahun ini..Amin ya rabbal 'alamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabbal alamin Kak Nuriz...alhamdulillah, ada juga insan lain yang sudi mendoakan rezeki zuriat untuk kami suami isteri. Syukran sangat-sangat!

      Delete
  2. Replies
    1. Dhia, boleh rujuk entri Yani yang terdahulu berkenaan tujuan dan cara penggunaan castor oil pack (COP) di link bawah ni:

      http://seindahmimpiku.blogspot.com/2015/05/castor-oil-pack-untuk-rawat-kesuburan.html

      http://seindahmimpiku.blogspot.com/2015/06/usaha-ttc-sambung-buat-castor-oil-pack.html

      Boleh rujuk isi kandungan entri dan juga jawapan dalam ruang komen. :)

      Delete
  3. Lama dah tak bersenam nih.. terus jadi lemau dah. weekend ni kena berlari gak nih.. tak buleh jadi nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....Yani sekarang moody je bila pakai baju kurung (baju kerja), sebab part pinggang dah ketat balik. Salah sendiri. Pastu mengomel2 tak puas hati. Hahahaha.....sedey la!

      Delete
    2. ala...i pon lama x senam...perut i dah muncit :-P

      Delete
    3. Muncit satu hal, ni dah rasa lemau selemau lemaunya ni ST. Mengomel-gomel pun, selera makan still sama tak berubah....hahaha~

      Delete
  4. Assalam BP.. Selamat Hari Raya! Sihat ke? bila baca Usaha BP sebelah kanan ni.. Ya Allah! bersungguh-sungguh.. sgt mengagum kan saya... saya yg dulu 3 tahun takde anak.. pun tak hebat begini usaha nya... Saya doakan BP dpt anak juga suatu hari nanti..Moga Allah makbulkan doa2 kita... ada baca usaha saya tak BP? nnt saya cari link dia...ada makan produk... http://sweetcaramelinicecream.blogspot.com/2012/04/perkongsian-bersama-ikhtiar-saya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emme...concieve twins dulu lepas amalkan produk-produk tu ke? Makan suami isteri ye? Banyak nak kena tanya ni betul2 dengan Emme...

      Delete
    2. BP, maybe dah rezeki Allah nak bagi... kite ni hanya usaha pe yg termampu saja, selebihnye serah pada yg maha Esa... ade juga berubat kampung..makan pisang kembar...:)

      Delete
    3. Owh, alhamdulillah!
      Satu lagi nak tanya, masa concieve tu tgh buat treatment apa2 di hospital ke? IUI atau IVF?

      Delete
  5. Alhamdulillah semoga istikamah tahajud. SAya juga yg belum start2 tahajud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesinambungan dari usaha bulan Ramadhan aritu, Zarith. Alhamdulillah...tapi bab istiqamah tu perlu diusahakan setiap hari. Apa-apa pun yang penting, sentiasa berniat demi Allah, inshaAllah Dia bantu kita mudah bangun malam.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)