29 Julai 2015.
Alhamdulillah selesai juga melakukan puasa qadha ramadhan kali ini sebanyak 6 hari (Khamis- Sabtu & Isnin - Rabu). InshaAllah, lepas ini bersambung dengan puasa sunat Syawal selepas period (dalam standby mode sekarang ini).
Khamis (23 Julai 2015)
- Masak lauk ayam bercili bendi rebus
- Tempe goreng
- Buah-buahan & kurma
Jumaat (24 Julai 2015)
- Disebabkan mesyuarat habis lewat petang, ajak suami berbuka puasa di Johnny's.
- Tak sempat snap gambar makanan, hanya teringat bila nak makan dessert je, hehehe....
Sabtu (25 Julai 2015)
- Masak lauk banyak sedikit sebab Bangah balik rumah kami.
- Lauk daging masak kicap cili padi
- Sayur bayam campur tumis air
- Sambal tempe ikan bilis
Isnin (27 Julai 2015)
- Senang je, panaskan balik lauk berbuka hari Sabtu lepas sebab masih berbaki.
- Tambah buah-buahan dan kurma.
Selasa (28 Julai 2015)
- Ada sesi audit di pejabat, jadi urusetia sediakan makanan. Untung ler orang berpuasa, tak yah fikir nak masak apa...balik kerja terus hidang je.
- Dapat nasi lemak telur mata (untuk suami) dan nasi beriani (untuk aku).
- Gorengkan ayam untuk suami.
Rabu (29 Julai 2015)
- Lagi sekali rezeki orang berpuasa, urusetia audit dah siap-siap asingkan pek makanan untuk aku.
- Mee bandung
- Lontong
- Nasi goreng sambal ayam
lauk simple tapi itulah yang menyelerakan sebenarnya kan.. :))
ReplyDeleteAlhamdulillah, betul tu. Lagipun tekak Yani bukan jenis demanding, lauk simple-simple pun dah memadai.
Deletesimple tp menyelerakn
ReplyDeletealhamdulillah dh selesai qada lega kan
Alhamdulillah, lega sangat-sangat. Lauk simple ni lauk penyelamat namanya, balik rumah dah lewat..nasib baik bahan-bahan dah standby.
DeleteErrr...akk dah tak sambung kut puasa sunat.
ReplyDeleteNow nak sambung makannnn je.. heeeheee :D
Owh, aritu buat puasa sunat + ganti sekali niat ke?
DeleteBagus juga Yani berpuasa 12 hari dlm bulan Syawal ni, nafsu makan terkawal sedikit. Huhuhu!
sedapnyeee (tgh posa semua sedap!)
ReplyDeleteWah! ST puasa 6 ye? Selamat berpuasa ye? Yani lagi la dari hari Isnin sampai Rabu semalam bertugas untuk persidangan DUN, katerer hidang macam2 lauk best, pandangggg jeer leee.....ambik bau! Nasib baik kuat iman...
DeleteAkak tak puasa apa pun..my bad..keje makan,makan dan makan..neway..memang suka tgk gambo makanan yani ni.sedap je nampak.
ReplyDeleteHehe...Kak Nuriz ni.....lauk2 Yani kebanyakan selera org tua. Tu kebanyakan lauk yang arwah mak Yani ajar Yani dulu :)
Deletemcm mana yee nak berkongsi blog link jugak dekat kami berkongsi impian tu.hehe
ReplyDeleteTak berapa faham soalan tu...nak berkongsi blog link dari blog ini ke blog awak ke? Boleh je copy paste...
Delete