Alhamdulillah, dalam menanti bila lah nak habiskan step-step untuk pengesahan perjawatan, aku dipanggil untuk menghadiri kursus Induksi Umum minggu depan. Peperiksaan Undang-Undang, aku dah lulus. Induksi Khusus, aku dah pergi. Temuduga tapisan halus, baru je aku lalui, jadi ini step yang terakhir (InsyaAllah!) Tempatnya? Di INTURA (Sg. Petani). Mesti ade yang bercakap....nape jauh sgt ke utara? Huhuhu.. Wallahualam.
Aku pun pada mulanya rasa terkejut juga, tapi dalam masa yang sama suka dapat jauh sampai ke utara. Mungkin sebab aku nak rasa pengalaman berjalan jauh dan jumpa persekitaran baru. Kalau ikutkan, penjawat awam dari selatan macam aku biasanya ditempatkan di wilayah selatan juga, paling kurang di IKWAS atau INTENGAH. Tapi ni sampai ke Kedah dihantarnya. Mungkin sebab aku dah ada pengalaman berkursus di IKWAS so aku tak kisah tak dapat ke sana lagi.
Alhamdulillah juga, kali ini aku berkursus berteman. Ada staf pejabat aku dapat sama lokasi dengan aku. Jadi, tak de la cuak sangat kat tempat orang. Sama-sama bujang dan sekepala lak tu. Memang bersyukur yang amat sangat!
Aku banyak minta CC uruskan proses perjalanan ke sana. Nak drive jauh2, member aku tak setuju sangat, sebab dah la dua-dua anak dara, kalau lah apa2 terjadi tengah jalan, tak ke masak? Satu hal lagi, jalan jauh2 ni letih dan lenguh badan nak kena hadam gak. Drive straight 8-10 jam dari Melaka...pffuuhhh!! Mau tegak dan kejang tulang belakang aku nanti..hik hik hik.
So, better solution adalah naik flight dari KLIA ke Bayan Lepas (P. Pinang). Hah..ni satu lagi yang buatkan hati aku berbunga2. Pengalaman pertama dapat naik flight. Tak kisah la orang nak cakap aku apa..jakun ke? poyo ke?......ade aku kesah?! Hehhehe....Adik beradik aku mostly dah lepas naik kapalterbang, aku je yang baru nak merasa.....so over excited la ni.... Kenapa aku pilih turun kat Bayan Lepas? Tu pun sebab member aku ni merayu2 nak merasa lalu Jambatan Pulau Pinang tu...hahahha (merasa la aku kena cubit dengan member aku lepas ni!) Alah, dah alang-alang nak ke Utara, so kita merasa la semua benda, ye tak? Aku pun dah lupa keseronokan zaman kecik-kecik dulu bila berpeluang lalu atas jambatan tu....lama dah, last aku ke sana ada ler dalam 15-16 tahun dulu. Teruja gak ni.
Kursus induksi ni bermula 14 hingga 25 Mac ni. Kena daftar masuk pada 13hb. (Sabtu). Jadi, bagi mengelakkan kelewatan atau apa-apa masalah, kami booking flight hari Jumaat (12hb). Gerak awal skit, so takde la in rush sangat. Aku dok tanya member2 dan kak Ateh aku, apa nak buat, apa nak bawak, macam mana nak smoothkan perjalanan aku....biar bersedia skit bila sampai harinyer. Tiket balik aku tempah untuk hari Jumaat (26hb). Balik pun lewat sehari. Mana lah tahu dapat jalan-jalan kat Kedah tu sebelum balik Melaka semula. Member aku dah mengimul2 nak ajak berjalan ke Langkawi. Erkk !! Tak dapat aku bayangkan ke sana ke sini mengheret 3-4 beg naik feri, tunggang-langgang semata-mata nak cari souvenir2 kat Langkawi nun.....ala Ima, murah2 barang kat Langkawi pun, kalau dah membebankan masa balik nanti...nak wat apa?? Hehheheh...Melaka kemain banyak shopping complex, cari je barang hantaran ko kat Melaka. Kan senang? Hehehehe....
Ok la, sebelum ke Induksi Umum ni, unit aku akan diduga dengan audit MS ISO 9001:2000 pada minggu ni. Aduh, sangat-sangat pening kepala mengadap dokumentasi. Menyambung kerja orang ni nampak je mudah, tapi benda-benda yang kecik-kecik la yang boleh mendatangkan finding atau NCR. Harap-harap la tahun ni audit tak se'tough' tahun-tahun sebelumnya. Amin!....
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)