Huhu,lama ye tak update blog ni?
Naim (Inteferens) tanya aku, lama akak x update blog ek? Nak wat camner Naim oi, kerja berlambak kat opis dan memang takde idea nak menulis dalam blog nih. Malang tul blog ni dapat tuan tanah kedaung macam aku ni, kan? Kih kih kih
Borang - Aku tengah fokus mengisi borang *tut*. Kebetulan kakak opis pun nak buat benda yang sama, aku pun join la dia pergi ambil borang kat bank. Tengah-tengah mengisi, aku jadi blur. Tak paham plak aku isi borang ni, dan kesudahannya borang tu tersadai atas meja dalam bilik aku. Nak pergi kerja, aku angkut masuk beg. Sampai opis, aku keluarkan pastu letak atas tray. Nak balik rumah, aku angkut masuk beg balik. Naik lunyai borang tu aku buat.
KIK 2010 - Benda alah yang bikin dunia aku tunggang langgang. Dulu nama dia KMK, skang tukar jadi KIK. Sepuluh kali ko tukar nama pun, still nyusahkan hidup aku! Dah la tugas hakiki kat opis tu tak habis-habis, tambah lak KIK sengal ni.....pihak PSM kata konvensyen KIK peringkat Melaka akan dibuat bulan April ni. Entah sempat ke tak projek kitaorunk ni siap. Agak-agaknya kalau aku cakap dengan bos aku yang aku memang sengaja nak lingkupkan projek KIK jabatan aku...dia ngamuk x? Hahahha.....
Induksi Umum - Satu-satunya benda yang aku rasa best time-time sengal macam ni. Aku ada call JPA awal bulan Februari ari tu, tanya pasal status penempatan Induksi Umum aku. Sekali aku dapat di INTURA (Sungai Petani,Kedah) daaaa....jauh tu! Nasib baik aku berdua dengan sorang budak opis dapat pergi Induksi serentak. Kire ade geng la kat sana. Kalau aku lepas Induksi Umum ni, secara rasminya semua prosedur normal nak sahkan perjawatan aku dah selamat lalui; Peperiksaan Undang-Undang (lulus!), Induksi Khusus (lulus gak!), Tapisan Halus (baru je selesai hari Rabu lepas - 17 Februari 2010) dan Induksi Umum (14 Mac - 25 Mac 2010). Alhamdulillah! Dua minggu lebih kat sana, lapangkan kepala dari beban kerja kat opis, dapat tengok tempat orang dan jumpa situasi baru.....
Isu Kawin - Kurang 7 bulan, majlis aku akan diadakan. InsyaAllah. Tarikh majlis pun dah ditetapkan. 30.10.10 tarikhnya.....majlis rumah sana aku tak pastilah sama ada jadi buat atau tak. Isu tu lah yang kadang-kala membuatkan aku gaduh dengan abang. Ntah la...famili aku pun nasihat jangan pening-peningkan kepala fikir tentang majlis sebelah sana. Yang penting, majlis sebelah aku berjalan lancar dan selamat.
Hari tu aku pergi butik pengantin untuk cuba baju pengantin. Dan akhirnya aku dapat juga warna tema majlis aku nanti. Abang pun setuju dengan warna tu. Susah juga nak dapat persetujuan abang tentang warna baju sanding kami.....cerewet juga dia rupanya! Aku pula jadi tak kisah warna apa pun, cuma aku concern bab saiz.....herm. Ni lagi satu hal....lepas majlis tunang haritu, makin naik lak badan aku ni. Susah hati betul....
Kebelakangan ni aku jadi moody bila fikir pasal persiapan perkahwinan kami berdua. Kejap ada semangat nak buat persiapan, kejap aku rasa down dan bad mood. Fikirkan benda-benda negatif je.
Letih - Otak letih, badan letih. Kerja jadi tak produktif. Stress datang tiba-tiba. Masa ni lah aku rasa apa yang aku buat selama ni tak berbaloi dan tak dihargai. Penyelesaiannya, aku bawa diri sendiri, pendam isihati sebab tak tahu siapa yang boleh jadi tempat aku mengadu masalah aku. Aku tak harapkan sesiapa selesaikan masalah aku, cuma DENGAR dan FAHAM. Itu je. Mungkin juga sebab kehidupan sosial aku terbatas di pejabat dan rumah sahaja. Celik mata, pergi kerja, balik kerja, pejam mata......ulang dan ulang sampai aku rasa bosan yang amat. Ada tunang pun jauh, ade kawan pun takde masa nak keluar jalan2, lepak2,makan2......herm. Sabar jer la....
xoxo
welcome back!
ReplyDelete