Bertolak dari opis pukul 9 lebih. Selepas berlambai2an ala2 cik datin nak terbang over the sea dengan member2, kami pun ke basement opis untuk jumpa pak cik drebar yang akan hantar kami berdua ke KLIA. Pakcik Rahmat namanye, ramah orangnye. Takde la perjalanan kami bosan dan senyap sunyi macam kebiasaannya.
Sampai di KLIA tepat pukul 10 lebih, tercongok2 macam orang asing. Duh! Apa-apa pun isi perut dulu. Bersarapan la kami berdua di KFC KLIA tu. Lepas alas perut, pusing-pusing sambil dalam kepala berserabut. Nak tanya sapa ni? Muka kami dah cuak dah masa tu, sib baik jumpa staf KLIA yang ramah, tanya macam mana nak dapatkan tiket online booking. Brader tu tunjuk mesin layan diri kat depan kaunter khidmat pelanggan AirAsia nun. Selesai! Lepas tu, brader tu suruh ke kaunter scanning tu sebelum turun ke ruang balai berlepas.
Dah nampak kapal terbang MAS, kami terus teruja macam kanak-kanak ribena. Huhuhu....Biaq pi la orang nak cakap apa....janji kami bahagia! Dah masuk tu, sengih sampai ke telinga. Sibuk dok snap gambar dan ambil video. Kebetulan dapat tempat duduk bersebelahan dengan tingkap, lagi la makin galak kami beraksi. Tapi bila kapal terbang nak terbang, kami punya kecut perut tu hanya Allah jer yang tahu. Genggam tangan masing-masing. Bila dah ada di atas awan....Subhanallah! Rasa kecil je diri ni di atas muka bumi Allah ni. Tengok kat bawah, sebijik macam tengok peta kat Google Map!
Perjalanan tak sampai 50 minit rasa sekejap sangat je masa berlalu. Tak panas punggung dah nak sampai. Sampai Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam pukul 2.55 petang. Tempah satu airport cab terus ke Sungai Petani. Harga agak tinggi berbanding apa yang kami jangkakan, tapi disebabkan dah keletihan menarik beg bagasi yang super duper berat tu, kami redha je la. Berbual dengan pakcik cab tu (Pakcik Aziz), minta nombor telefon untuk tempah masa balik kursus nanti.
Sampai je di INTURA ni, jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. Jumpa pakcik guard kat balai pengawal depan pintu masuk tu, dapatkan kunci yang dah disediakan oleh urusetia, naik angkat barang-barang, nampak katil terus landing. Letih!! Sempat berbual dengan pakcik guard. Sekapal rupanya, pakcik tu orang Melaka. Lepas solat dan bersihkan badan, kami menapak keluar INTURA mencari kedai makan dan kedai runcit dalam keadaan hujan renyai-renyai. Tak berpayung, sib baik tak basah kuyup. Kedai makan agak jauh juga, tapi yang mengecewakan kami adalah, tiada kedai runcit berdekatan. Terpaksa la kami beli makanan untuk sarapan pagi esoknya sekali. Pekena cendol pulut special, nasi putih dan tomyam campur kat kedai makan Jo, dapatlah kami mengalas perut untuk malam pertama di sini.
Balik ke bilik, kami layan FB sampai tertidur-tidur depan laptop masing-masing. Untung bawa sendiri wireless broadband, kalau tak, mati kutu juga tak tahu nak buat apa malam-malam kat sini. Bangun pagi nak solat, tiba-tiba tengok air kat pili tak ada. Sudah!!! Tak pasal-pasal kena bawak baldi dengan toiletries, dan turun ke tandas aras bawah untuk mandi. Dah la kami duduk di tingkat tiga, mengangkut air dua baldi penuh...mengengkek!! Dan-dan kami sampai kat bilik, tengok air paip dah ada balik. What the aaaaaaarrrrggggg!!
Zaiza pengantin wedding accessories...
ReplyDeletepelbagai jenis bunga telur, bunga rosset dgn harga 'STOCK CLEARANCE'
http://zaizapengantin.blogspot.com