03 October 2019

Pencapaian Peribadi Mama : Master In Breastfeeding

3 Oktober 2019.

Lama dah tak kemaskini blog ni. Dah berhabuk berdebu agaknya. Mungkin tak ada pun yang singgah lagi ke blog ini, takpelah biar menjadi sekadar catatan peribadi keluarga kecil kami.

Alhamdulillah, kurang beberapa hari lagi usia anak akan menginjak 1 tahun 6 bulan, dan ini juga bermakna Mama akan mendapat pangkat Master dalam bidang penyusuan anak Mama yang seorang ni. Diploma dah lepas (6 bulan), Degree pun dah lepas (1 tahun) dan sekarang bakal mencapai tahap Master pula. Syukur alhamdulillah! Entah ada lagi rezeki macam ni di masa akan datang atau tidak, wallahualam.

Anakku, terima kasih masih sudi terima titisan emas Mama sampai saat ini. Semoga Allah SWT masih berikan peluang "bonding time" Mama dengan anak bujang Mama seorang ni lebih lama. 

Terima kasih.

Breastfeeding Journey : Tak mudah, tapi inshaAllah tak mustahil. Semoga Allah SWT perluaskan rezeki susu badan Mama untuk anak Mama sehingga umur 2 tahun, amin ya rabbal alamin! Ada rakan sepejabat dok tanya, masih ada susu badan ke? InshaAllah ada, "cukup" untuk demand anak walaupun tak semeriah orang lain. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah..caiyok caiyok mama...biar la mulut2 yg suka bgi kita down tu..x membantu pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Fieza....mmg saya abaikan je kata-kata org sekeliling. Tak terkejut pun dengan hasil susu sekarang sebab faham dengan fisiologi badan (hormon badan), jadi memang dah bersedia dengan segala kemungkinan susu drop sedikit demi sedikit. InshaAllah ada rezeki utk sampai PHD, adalah nnt....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)