29 September 2018

Soal Jawab Pemakanan Baby 6 Bulan

29 September 2018.

Info ni aku dapat dan catatkan semasa mendengar FB Live perkongsian ilmu oleh Dr Amalina Mohd Daud yang kebetulan dikongsikan juga oleh salah seorang kawan FB aku.

Fakta 1 :  0 – 6 bulan : biasanya bergantung sepenuhnya dengan susu badan ibu / formula milk (bagi yang bermasalah untuk breast feed).

Fakta 2 : Beri makan paling lewat pada umur 6 bulan. Tidak boleh lebih daripada itu kecuali baby-baby yang premature (premature baby kena ikut corrected age = dikira daripada bila waktu sepatutnya dia lahir, dan kira bulannya dari situ).

Fakta 3 : Ada guideline baru; baby boleh mula makan pada usia seawal 4 bulan (controversional fact!) dengan syarat dah tunjuk tanda-tanda bersedia untuk makan iaitu;
a) berat badan kena meningkat melebihi 2.5 kali ganda berat badan semasa lahir,
b) leher baby boleh tegak dan boleh duduk dengan sokongan,
c) nampak tidak kenyang dengan susu ibu  
d) sudah pandai memasukkan tangan dalam mulut
– jika tak pasti, sila rujuk pendapat doktor!

Fakta 4 :  Nak mulakan dengan makanan apa? Nak bagi apa sahaja pun betul!
- Jika berat anak tak cukup, better mulakan dengan bubur nasi, kalau mulakan dengan puri buah atau puri sayur, takut berat badan anak tak naik. Sebab bubur adalah sumber karbo yang boleh bantu menaikkan berat badan anak. Tak kisah karbo tu dalam bentuk beras putih / beras perang /  barli / oat/ quinoa…asalkan karbo dalam bentuk bubur.

Fakta 5 : 4 Days Rule – untuk kenalpasti anak ada alahan/ alergik/ tak tolerate dengan makanan tersebut. So biasanya kenalkan nasi/ bubur kosong pada anak untuk 3-5 hari, kita tengok baby ada tak alergik? Kalau tak ada alergik, bolehlah kenalkan. Kalau tiba-tiba baby kembung/ sembelit/ cirit-birit; kita tahulah baby kita tak serasi dengan makanan tu. Mungkin boleh kenalkan makanan tu next time. Kalau naik rashes/ sesak nafas, kita boleh alert untuk elakkan terus baby dari makan makanan tu.
- Doktor sarankan ibu buat food diary untuk catat apa pemakanan anak-anak setiap hari untuk keep track jika timbul masalah. Boleh semak semula, jika tiba-tiba anak jadi alergik/ naik rashes. Boleh juga semak dari segi najis baby. Setiap kali anak makan, kena tengok najis dia sama ada cantik ke / sembelit ke / cirit birit ke.

Fakta 6 : Untuk makanan usia 6 bulan, doctor biasanya sarankan tambahkan sekali dengan susu ibu, supaya penerimaan baby terhadap makanan tu lebih mudah dan tidak reject. Berapa banyak baby nak makan? Ia bergantung kepada penerimaan baby tu sendiri. Kalau selagi baby nak makan, bagi sahaja la. Kalau baby dah tak mahu (toleh-toleh muka mengelak), just stop dan jangan paksa lagi.

General guideline :
6 bulan – 1 kali makan sehari
7 bulan – 2 kali makan sehari
8 bulan – 3 kali makan sehari
9 bulan – 4 kali makan sehari
10 bulan dan ke atas – 5 kali makan sehari (macam orang dewasa)
Tapi kalau baby nak makan lagi, bagi sahaja la…tiada masalah!

- Makanan baby : Makanan semulajadi yang tiada bahan pengawet, bahan perisa tambahan, garam, gula

- Puri buah/ sayur : Boleh stim, blend dan simpan dalam ice cube container dalam fridge, boleh bertahan sampai 3 bulan sama seperti susu ibu.

- Untuk baby 6 bulan, puri sayuran yang sesuai adalah puri sweet potato, pumpkin dan carrot sebab manis. Puri dari brokoli dan bayam tak disyorkan kepada baby 6 bulan sebab rasa pahit dan tak berapa sesuai untuk usia 6 bulan.

- Untuk baby 6 bulan, puri buah-buahan yang sesuai adalah puri buah 1 jenis; puri epal dan puri pisang.

- Bila nak beri anak makan dari usia 6 bulan ni, kita beri makanan yang jenis stage 1 food; maksudnya tekstur makanan tu sangat cair dan halus, tiada tekstur ketul-ketul…boleh bandingkan stage 1 food dengan YOGURT dari segi kepekatan dan smoothness nya!

- Digalakkan beri anak makan pada waktu siang; sebab keadaan suasana disekeliling terang. Jika ada masalah alergik/ rashes/ susah nak bernafas, kita lebih senang kesan lebih awal. Senang untuk bawa ke hospital segera.

- Makanan yang perlu ibu-ibu waspada sebab makanan ni penyebab kepada alergik/alahan:

a) Telur – beri makan bermula usia baby 8 bulan, start dengan perkenalkan kuning telur kemudian putih telur sebab putih telur ada sumber protein yang boleh menyebabkan alergik.

b) Ikan/ Seafood – ada parent yang alergik bila makan, anak pun boleh alergik sama.
c) Semua jenis kekacang – contoh : kacang tanah/ kacang gajus/ kekacang lain
d) Kerang
e) Gandum – tepung gandum , boleh sebabkan usus anak kita lebih susah nak tapis toksin yang masuk dalam badan & sistem darah.
f) Madu – Perkenalkan pada anak selepas usia 1 tahun, jangan awal sangat sebab dalam madu ada unsur kuman yang boleh menyebabkan sawan.
g) Minuman jus yang tidak dipasteurkan, minuman tenusu yang tidak dipasteurkan
h) Telur separuh masak
i) Daging mentah
j) Makanan dalam tin

2 comments:

  1. good sharing, yani..boleh buat rujukan nnti..eh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, Yani pun sama-sama nak belajar juga ni, persediaan utk baby Adam nak start makan seminggu lagi ni. Tengah banyak membaca dan mencari ilmu.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)