28 September 2018

Menginjak Usia 6 Bulan

28 September 2018.

Catatan peribadi di sini sebagai kenangan dan rujukan kami suami isteri di masa hadapan nanti. Bermula awal minggu ini (24 September 2018), nampak perkembangan baru Adam; mengulingkan diri untuk meniarap dengan kudratnya sendiri. Selama ini dia cuba juga memusingkan diri tapi perlu dibantu; kalau lama sangat usaha untuk berpusing tidak berjaya dek tersekat dengan lipatan kaki yang debab itu, mesti Adam mengamuk mengomel marah...hihih...chaiyok anak Mama & Papa!!

Lagi seminggu lebih Adam akan menginjak usia 6 bulan; usia permulaan untuk dia makan makanan selain nutrisi hariannya selama ini iaitu susu badanku. Masih berkira-kira sama ada nak mulakan dengan bubur nasi kosong atau memberikannya makan puri buah-buahan.

Oh ya! 1st word Adam yang disebut dengan sangat jelas adalah "Papa"! Huhuhu....Semua skill ni baru dapat semasa dua minggu terakhir sebelum bertukar bulan. 

1 comment:

  1. Tema blog seindah mimpi ku ..cantik blog dan gambar2 anda berdua

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)